eGTukar: Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Penggal 3 Dibuka

eGTukar merupakan modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan para guru dan pentadbir sistem membuat pertukaran atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Untuk menggunakan fungsi e-Gtukar, guru perlulah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem. Manakala Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini. Setiap permohonan pertukaran Guru e-Gtukar akan ditapis berdasarkan keperluan dan syarat yang telah ditetapkan. KPM akan meneliti permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan. Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum ianya diluluskan.

Guru yang telah buat permohonan pertukaran guru melalui eGtukar sebelum ini boleh buat semakan keputusan permohonan pada tarikh yang ditetapkan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN EGTUKAR

Semakan keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar penggal 3 boleh dibuat pada:

  • Keputusan permohonan EGTukar Penggal 3: 2 September 2022 mulai jam 5 petang

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU

Semakan keputusan permohonan pertukara guru eGTukar boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan di pautan semakan eGTukar berikut:

Bagi yang yang belum pernah memohon dan berhasrat untuk mohon pertukaran boleh buat permohonan melalui sistem eGtukar pada masa akan datang setelah permohonan dibuka lagi. Sebelum memohon, guru mestilah daftar akaun terlebih dahulu.

Dapatkan info lanjut, syarat kelayakan dan panduan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar di pautan berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma