Cara Mudah Semak Baki Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari Bulan Berikutnya
Bagi Ahli KWSP yang buat pengeluaran i-Lestari, sudahkan anda semak penyata baki Akaun 2 yang tinggal dalam akaun anda? Penting tau untuk anda semak bagi memudahkan urusan pengeluaran i-Lestari untuk bulan-bulan berikutnya!
Tidak susah pun nak semak penyata KWSP semuanya hanya di hujung jari. Anda hanya perlu ada i-Akaun sahaja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar i-Akaun KWSP dan buat semakan penyata Akaun 2 KWSP.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN i-AKAUN KWSP
Untuk membuat semakan Penyata Akaun 2 KWSP, log masuk ke i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Bagi yang tidak mempunyai i-Akaun anda boleh ikut langkah berikut untuk daftar i-Akaun:
- Anda boleh ke mana-mana Kiosk atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Anda boleh semak senarai Kiosk KWSP di seluruh negeri dan cara dapatkan kod pengaktifan i-Akaun.
- Setelah pendaftaran di Kiosk atau Kaunter KWSP, anda akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun
- Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada Login Ke i-Akaun (Ahli)
- Klik Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari
- Masukkan ID/ No Ahli yang diterima daripada Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Teruskan
- Masukkan Kata Laluan yang diterima sekali dengan ID di Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Log Masuk
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak dan klik Seterusnya
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan
masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan - Pilih Imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus login ke i-Akaun
Bila dah ada i-Akaun, anda boleh log masuk dengan ID dan kata laluan yang ditetapkan.
CARA SEMAK PENYATA AKAUN 2 KWSP
Berikut adalah panduan untuk membuat semakan penyata Akaun 2 KWSP:
- Log masuk ke -Akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan
- Klik pada ‘Akaun Peribadi‘ dan pilih tahun semasa pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’
- Klik pada butang ‘Cari‘
- Maklumat penyata bagi tahun yang dipilih akan dipaparkan.
- Anda boleh muat turun atau cetak penyata tersebut
Mudah kan? Sebab itulah Ahli KWSP dinasihatkan untuk memiliki i-Akaun masing-masing kerana pelbagai kemudahan disediakan i-Akaun KWSP. Anda bukan sahaja dapat semak penyata, nak buat pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Akaun pun boleh!
Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi KWSP di talian 03-8922 6000 atau terus ke mana-mana Pejabat KWSP berdekatan.