Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC) Untuk Tawaran Biasiswa JPA

Panggilan buat lepasan SPM yang telah mohon beberapa tajaan biasiswa yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)! Bagi calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan ketika permohonan, pihak JPA akan memanggil calon-calon untuk menjalani ujian penilaian Student Assessment Centre (SAC).

Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dikehendaki untuk menghadiri sesi SAC seperti yang ditetapkan. Calon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat tarikh dan kaedah SAC.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan semakan kelayakan duduki ujian SAC bagi tawaran tajaan biasiswa JPA.

PROGRAM PENAJAAN JPA

Semakan panggilan Student Assessment Centre (SAC) adalah terbuka kepada calon yang telah mohon tajaan JPA berikut:

  • Program Penajaan Nasional (PPN)
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPK)

TARIKH SEMAKAN

Semakan kelayakan calon untuk menduduki Student Assessment Centre (SAC) adalah dibuka pada:

  • Mulai 1 Julai 2022 (Jumaat) Jam 5 petang sehingga 3 Julai 2022 (Ahad)

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang telah buat permohonan tawaran tajaan biasiswa JPA yang dinyatakan di atas boleh buat semakan secara atas talian pada tarikh ditetapkan. Semakan boleh dibuat di pautan berikut:

Calon yang berjaya melepasi ujian penilaian SAC dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk temuduga. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen seperti yang diminta dan ikut arahan diberikan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SAC, anda boleh emelkan ke alamat sac2022@jpa.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma