Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021
Bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), anda dipelawa untuk memohon tawaran tajaan JPA secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).
Permohonan tajaan JPA bagi PIDN tahun 2022 telah dibuka pada 14 Februari 2022 lalu. Mana-mana calon yang telah buat permohonan sebelum ini dan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Dalam Negara boleh buat semakan keputusan PIDN pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Justeru, sila semak keputusan permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disediakan.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Dimaklumkan bahawa keputusan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022 akan diumumkan bermula pada:
- AKAN DIKEMASKINI
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PIDN 2022
Semakan keputusan permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Klik pautan https://esilav2.jpa.gov.my/
- Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan
- Penggunaan pelayar web moden versi terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Safari adalah sangat digalakkan
MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Untuk makluman lanjut mengenai program ini atau sebarang pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menyemak keputusan permohonan, sila hubungi talian atau emel ke penawaranisp@jpa.gov.my.