Semakan Keputusan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM)

Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (SPM) Sesi 2 2022/2023 Ambilan November. Pemohon mulai hari ini boleh buat semakan keputusan permohonan.

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke KPM boleh dilakukan secara atas talian pada masa yang ditetapkan di laman semakan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan keputusan permohonan kemasukan KPM ambilan Julai.

TARIKH PENTING SEMAKAN & RAYUAN

Calon yang telah buat permohonan kemasukan ke Program Diploma KPM boleh semak tarikh-tarikh penting semakan keputusan, rayuan serta tarikh pendaftaran:

  • Tarikh semakan keputusan permohonan : 19 Oktober 2022 hingga 26 Oktober 2022
  • Tarikh semakan rayuan: 4 November 2022 hingga 20 November 2022
  • Pendaftaran Pelajar Baharu: 1 Disember 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KPM

Semakan keputusan permohonan ke KPM boleh dilakukan secara online melalui laman sesawang UPIM di pautan berikut:

Semakan Keputusan Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 1/2021 Ambilan Januari

Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik SEMAK. Keputusan permohonan kemasukan ke KPM akan dipaparkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Permohonan Layak

Jika keputusan permohonan adalah LAYAK dan pemohon bersetuju untuk menerima tawaran ini, pemohon perlu:

  1. Membaca maklumat tawaran dengan teliti
  2. Membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN berjumlah RM320.00 secara dalam talian menerusi perkhidmatan bayaran elektronik MARAeps di https://bayar.maraeps.my
  3. Selepas PEMBAYARAN dibuat anda WAJIB LAYARI SEMULA Portal UPIM di http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN, pemohon dikehendaki:
    i) Klik butang KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT
    ii) Klik butang SETUJU TERIMA TAWARAN
    iii) Masukkan NOMBOR TRANSAKSI ID di ruangan yang disediakan
    iv) Klik butang HANTAR
    v) Klik butang CETAK SURAT TAWARAN
    iv) Klik butang MUAT TURUN untuk dapatkan salinan SURAT TAWARAN SENARAI SEMAK/ DOKUMEN. Wajib CETAK kedua-dua dokumen tersebut. Sila BACA dan FAHAMKAN butiran yang tertera di dalam PANDUAN PENDAFTARAN

Permohonan Tidak Layak

Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat RAYUAN permohonan secara dalam talian. Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan penempatan.

Tawaran adalah TERBATAL jika pemohon gagal untuk membuat bayaran yuran pendaftaran dan pengesahan setuju terima pada tarikh yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:

  • Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
    Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
    Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
  • Tel: 03-26134074/ 75/ 76/ 77/ 81
  • Emel: upim.bpt@mara.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma