Semak Kelayakan Bantuan Mobiliti RM500 PERKESO Buat Individu Yang Dapat Kerja

Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan sehingga RM42,000 yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.

Insentif ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja di kalangan perantis, graduan, wanita dan golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

Melalui insentif ini, pekerja yang berjaya mendapat penempatan kerja akan menerima Bantuan Mobiliti yang akan dibayar terus. Sekiranya anda salah seorang individu yang berjaya dapat kerja pada tahun 2022, anda dah boleh buat semakan kelayakan Bantuan Mobiliti.

SIAPA YANG LAYAK BANTUAN MOBILITI?

Pekerja yang layak menerima Bantuan Mobiliti adalah:

  • Pekerja yang baru digajikan oleh majikan selepas 1 Januari 2022; dan
  • Majikan anda telah memohon Insentif JaminKerja

Sekiranya majikan anda telah memohon, anda boleh semak status kelayakan sekiranya permohonan majikan anda telah diluluskan.

KADAR BANTUAN MOBILITI

Pekerja yang berkelayakan akan menerima Bantuan Mobiliti sebanyak:

  • RM500 secara one-off

Bayaran bantuan akan dibayar terus kepada pekerja.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MOBILITI

Semakan kelayakan Bantuan Mobiliti boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman https://jaminkerja.perkeso.gov.my/
  2. Klik Semakan Permohonan (Pekerja)

  3. Masukkan No Kad Pengenalan di ruangan disediakan. Klik Carian

CARA MOHON INSENTIF PENGGAJIAN

Sekiranya majikan anda belum memohon insentif penggajian, mereka boleh buat permohonan dengan langkah berikut:

  1. Majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs melalui laman sesawang www.myfuturejobs.gov.my
  2. Majikan perlu memastikan pekerja telah berdaftar dengan Portal MYFutureJobs sebagai pencari kerja.
  3. Setelah pengambilan pekerja dilaksanakan (pengambilan mulai 1 Januari 2022), daftarkan pekerja baru di laman sesawang www.jaminkerja.perkeso.gov.my untuk permohonan Program JaminKerja–Insentif Penggajian.
  4. Majikan akan terima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap.
  5. Bayaran insentif kepada majikan akan terus dikreditkan kepada majikan setiap 2 bulan berdasarkan bayaran caruman wajib kepada PERKESO.
  6. Pihak majikan boleh membuat permohonan insentif melalui laman sesawang
  7. Program JaminKerjaInsentif Penggajian https://jaminkerja.perkeso.gov.my mulai 17 Januari 2022.
  8. Majikan juga boleh membuat semakan status permohonan melalui skrin semakan https://jaminkerja.perkeso.gov.my

Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau layari https://eaduansip.perkeso.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma