BKSS 6.0: Semak Kelulusan & Tarikh Bayaran Bantuan RM1,500 Buat Peniaga
Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dengan perbelanjaan sebanyak RM1.4 biliion bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan menghadapi saat-saat gentir ketika pendemik ini.
Memahami masalah rakyat yang ramai terjejas akibat pelaksanaan PKP, bantuan kewangan dan bantuan diskaun akan diberikan kepada semua golongan tanpa sisihkan golongan yang terjejas, termasuk juga golongan peniaga yang akan menerima bantuan dalam bentuk geran khas tunai.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan kelulusan dan tarikh bayaran geran khas peniaga BKSS 6.0.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan BKSS 6.0 kepada peniaga yang layak adalah sebanyak:
- RM1,500
KRITERIA KELAYAKAN
Antara kriteria kelayakan peniaga yang layak menerima BKSS 6.0 adalah:
- Merupakan rakyat Sarawak
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mestilah menjalankan perniagaan sebelum 1 Jun 2021
- Perniagaan online adalah tidak layak mohon
- Tarikh akhir permohonan permit adalah pada 30 Jun 2021
- Permit sah pada Jun hingga November 2021
- Pembayaran BKSS adalah melalui SarawakPay
PENIAGA YANG LAYAK
Peniaga yang layak menerima bantuan BKSS 6.0 adalah terdiri daripada:
- Gerai makan
- Kedai Kunci
- Pasar
- Kedai kampung/ kedai terpencil
- Barber/ salun rambut
- Kantin (pemilik individu)
Pemohon mestilah menjalankan perniagaan secara fizikal seperti mengusahakan gerai makanan, kiosk, gerai tepi jalan dan sebagainya.
Peniaga juga perlu mendaftar dengan PBT bagi mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT dengan tempoh permit adalah dari Jun hingga November 2021.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT
Penerima BKSS 6.0 sebelum ini tidak perlu membuat permohonan, tetapi perlu mengemaskini status akaun SarawakPay di PBT dengan langkah berikut:
Melalui Platform Online
Melalui SarawakPay
- Muat turun aplikasi Sarawak Pay di dalam telefon anda.
SEMAKAN STATUS BKSS 6.0
Semakan status kelulusan boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://community-service.sarawak.gov.my/
- Klik Semakan Status
- Masukkan No MyKad dan klik Cari
- Terdapat beberapa jenis status yang akan diterima iaitu RECOMMENDED, LULUS atau SUBMITTED.
- Peniaga/ Penaja yang LULUS juga akan menerima SMS seperti di bawah.
TARIKH BAYARAN BKSS 6.0 PENIAGA
Bayaran BKSS 6.0 bagi peniaga yang layak akan dibuat secara 2 fasa, iaitu dijadualkan seperti berikut:
- RM750 pada Julai
- RM750 pada Disember
Pembayaran akan disalurkan melalui SarawakPay. Untuk maklumat lanjut berkenaan semakan status kelulusan BKSS 6.0 peniaga, anda boleh hubungi pihak PBT melalui talian berikut:
- DBKU: 08 244 8763/ 08 244 6688
- MBKS: 08 224 2311/08 235 4200
- MPP: 08 261 5566