BSP 3.0: Cara Semak Kelayakan Bantuan Sabah Prihatin RM300

Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata antara bantuan itu ialah bayaran RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Rakyat Sabah yang tergolong dalam golongan terjejas kini dah boleh buat semakan kelayakan untuk terima Bantuan Sabah Prihatin RM300.

GOLONGAN SASARAN

Antara golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah:

  • Penerima e-Kasih
  • Miskin tegar
  • Miskin
  • Anak yatim
  • Warga emas
  • Ibu tunggal
  • Petani
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Penjaja keci
  • Usahawan mikro dan kotej

SENARAI BANTUAN SABAH PRIHATIN

Berikut adalah senarai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah:

  • Bantuan one-off sebanyak RM300
  • RM2,000 kepada pengusaha pelancongan
  • RM1,000 hingga RM5,000 untuk hotel dan penginapan
  • Pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan untuk pengurusan PPR di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempat Sabah memperuntuk sejumlah RM15.12 juta sebagai bantuan sekali beri kepada 16,153 penjaja kecil dan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan
  • Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntuk RM500,000 bagi membantu 15,000 penerima di bawah program bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah
  • Pejabat Tugas-tugas Khas akan memperuntuk sebanyak RM1.5 juta sebagai bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta

CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN

Semakan status kelayakan bagi menerima bayaran Bantuan Sabah Prihatin boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
    BSP 3.0: Cara Semak Kelayakan Bantuan Sabah Prihatin RM300
  3. Tick pada kotak Saya Bukan Robot
  4. Klik SEMAK
    BSP 3.0: Cara Semak Kelayakan Bantuan Sabah Prihatin RM300

Status kelayakan akan dipaparkan. Pemohon yang layak hanya perlu tunggu tarikh bayaran bantuan diumumkan dan bayaran akan dibuat ke akaun bank pemohon yang telah didaftarkan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian berikut:

  • Tel: 088-369430/422/434
  • WhatsApp: 011 59792976
  • Email: jkpbn.sbh@sabah.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma