Cara Semak Tarikh Luput Permohonan Jawatan Di SPA9 & Cara Renew Permohonan
Calon yang mohon jawatan kosong kerja kerajaan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila ambil perhatian! Tahu tak permohonan jawatan di laman SPA9 ada tarikh luput? Jangan ambil mudah, antara punca ramai calon tidak berjaya mendapat panggilan ujian SPA adalah kerana tidak sedar permohonan jawatan sudah tamat tempoh!
Pastikan anda buat semakan selalu jika nak permohonan anda berjaya dihantar. Permohonan yang telah tamat tempoh tidak akan dilayan. Jika permohonan dah tamat tempoh, anda hanya perlu perbaharui balik sahaja permohonan dengan mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara semak tarikh luput permohonan jawatan di SPA9 dan cara perbaharui permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH TAMAT TEMPOH PERMOHONAN JAWATAN SPA9
Bagi yang tidak tahu, setiap kali anda kemaskini permohonan jawatan di SPA9, permohonan anda sah sehingga tarikh luput, iaitu dalam tempoh:
- Tempoh tamat tempoh permohonan: 1 tahun
MACAM MANA NAK TAHU TARIKH LUPUT PERMOHONAN
Macam mana nak tahu tarikh luput permohonan jawatan di SPA9? Mudah sahaja anda boleh semak di bahagian Permohonan Yang Telah Didaftarkan. Lihat tarikh luput yang dipaparkan:
Jika jawatan yang anda mohon dah LUPUT, anda dah boleh perbaharui permohonan jawatan di SPA9.
Namun jika tempoh sah pendaftaran masih belum tamat lagi, anda TIDAK PERLU kemaskini atau perbaharui permohonan kecuali:
- Menyemak permohonan; dan
- Permohonan jawatan
CARA PERBAHARUI PERMOHONAN JAWATAN DI SPA9
Berikut adalah panduan membuat pembaharuan permohonan jawatan di SPA9:
- Log masuk ke laman permohonan kerja SPA9 (https://spa9.spa.gov.my/login)
- Pergi ke jawatan dimohon
- Masukkan jawatan yang anda ingin mohon di ruangan disediakan
- Klik Seterusnya
- Semak maklumat permohonan yang dipaparkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, pastikan anda kemaskini terlebih dahulu sebelum buat perakuan
- Jika dah yakin dengan maklumat permohonan dipaparkan, klik Seterusnya
- Tick pada tanda SETUJU dan klik HANTAR
Siap! Permohonan anda telah berjaya diperbaharui. Tarikh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon. Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 akan mengubah tarikh pendaftaran kepada tarikh terkini dan boleh menjejaskan urusan yang sedang dalam proses tapisan
Setelah melengkapkan Perakuan Pemohon, pemohon boleh menyemak status permohonan di menu Semakan Permohonan.
Jika tidak mahu permohonan anda ditolak hanya kerana tamat tempoh, pastikan anda selalu buat semakan tarikh luput permohonan jawatan ya.
Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA
Semoga bermanfaat!