Macam Mana Nak Tahu BKM Dah Masuk Akaun Bank Atau Masih Dalam Proses? Ini Caranya

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) setiap fasa akan dibuat dibuat secara berperingkat dalam tempoh ditetapkan. Penerima yang layak hanya perlu menunggu bayaran dibuat ke akaun masing-masing. Namun macam mana nak tahu bayaran telah dibuat atau masih dalam proses?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat semakan status bayaran BKM bagi setiap penerima.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BKM

Berikut adalah panduan membuat semakan status terkini bayaran BKM bagi setiap penerima:

  1. Pergi ke laman web rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini
  3. Klik Semakan Status selepas log masuk
  4. Maklumat pemohon dan jumlah bayaran bantuan akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran
  5. Maklumat status terkini bayaran BKM anda akan dipaparkan di bahagian Status Kredit

Baca juga: Cara Cek Bayaran BKM Masuk Akaun Bank Sendiri Atau Pasangan

MAKSUD STATUS KREDIT

Untuk makluman anda, maksud status kredit yang dipaparkan adalah:

  • Dalam Proses Pengkreditan:
    – Bayaran akan dibuat dalam tempoh ditetapkan seperti yang dimaklumkan. Penerima hanya perlu terima bayaran bantuan dibuat terus ke akaun bank dinyatakan.
  • Berjaya Kredit:
    – Bayaran bantuan telah berjaya dibuat ke akaun penerima
  • Gagal Kredit:
    – Penerima perlu membuat penunaian bantuan di cawangan BSN berdekatan dengan membawa kad pengenalan

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran BKM setiap fasa akan disalurkan di bawah:

TARIKH BAYARAN BKM MENGIKUT FASA

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma