Cara Semak Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Masuk Akaun Sendiri Atau Pasangan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Seperti dimaklumkan, bayaran STR akan dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa. Orang ramai boleh semak jadual pembayaran STR untuk tahu jumlah bayaran bantuan bagi setiap fasa. Bagi yang ada pasangan, pasti anda keliru kan bantuan akan dimasukkan ke ke akaun sendiri atau akaun pasangan? Jangan risau, anda boleh semak secara online kemana bayaran STR akan dibuat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panduan buat semakan maklumat bayaran STR.

CARA SEMAK BAYARAN STR MASUK AKAUN BANK SENDIRI ATAU PASANGAN

Berikut adalah panduan buat semakan bayaran STR masuk ke akaun bank sendiri atau pasangan:

  1. Pergi ke laman https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Klik Semakan Status
  4. Status kelulusan beserta jumlah bantuan yang diluluskan akan dipaparkan.
  5. Klik Makluman Bayaran
  6. Klik Maklumat Bayaran. Maklumat bayaran akan dipaparkan meliputi nama pemegang akaun bank, nama bank dan nombor akaun.

Mudah kan nak semak akaun bank yang akan dikreditkan bagi bayaran STR? Selepas ini tak perlu lah anda keliru lagi anda atau pasangan yang akan terima bantuan tersebut.

Untuk makluman anda, STR akan dibayar secara berperingkat dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama STR akan disalurkan di bawah:

TARIKH BAYARAN PERTAMA STR

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma