Semakan & Permohonan

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Setiap Semester Secara Online

October 28, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Setiap Semester Secara Online

Tempoh pengajian di peringkat STPM  adalah mengambil masa selama 1 tahun setengah. Program ini dipecahkan mengikut aliran. Sistem terkini iaitu sistem modular telah memperbaharui sukatan pelajaran pra u dan pelajar akan menduduki STPM pada setiap hujung penggal (penggal 1, 2 dan 3) disertakan dengan kerja kursus setiap penggal.

Keputusan STPM setiap semester adalah penting untuk para pelajar kekal mendapatkan yang terbaik kerana ianya akan diambil kira untuk mendapatkan keputusan CGPA yang bagus di akhir semester.

Keputusan peperiksaan yang cemerlang memberikan lebih peluang buat lepasan STPM untuk diterima masuk ke universiti awam melalui permohonan UPU.

Baca juga: 12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6 Berbanding Pengajian Lain

Bagi memudahkan para pelajar STPM menyemak keputusan peperiksaan setiap semester, satu laman web semakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia disediakan. Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat semakan keputusan STPM secara online.

CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM

Semakan keputusan STPM bagi setiap semester boleh dibuat dengan mudah sahaja. Anda boleh layari laman web rasmi MPM dengan klik pautan di bawah:

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Setiap Semester Secara Online

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik Hantar. Keputusan STPM Semester semasa anda akan dipaparkan. Sila pastikan kad pengenalan yang dimasukkan adalah betul.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda