Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online & Di Mesin ATM

Pernah terfikir tak nak semak berapa lagi baki pinjaman kereta yang anda perlu bayar? Selalunya kita hanya bayar sahaja setiap bulan sehingga tempoh yang ditetentukan, tetapi tak pernah terfikir nak semak berapa lagi baki yang anda perlu bayar.

Ramai tak tahu sebenarnya kita boleh semak baki pinjaman kereta Maybank secara online atau melalui melalui ATM! Tak perlu susah-susah pergi ke bank pun. Mudah! Lepas dah semak baki pinjaman, bolehlah anda uruskan kewangan anda sebaiknya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat semakan baki pinjaman kereta Maybank secara online dan melalui ATM.

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA MAYBANK – ONLINE

Semakan baki pinjaman kereta Maybank boleh dibuat secara online dengan mudah melalui Maybank2u. Bagi yang belum ada akaun Maybank2u, anda boleh daftar bila-bila masa sahaja tanpa ke kaunter Maybank. Klik DAFTAR MAYBANK2u.

Bagi yang dah daftar, anda boleh semak baki pinjaman kereta Maybank dengan mudah ikut panduan berikut:

  1. Log in ke laman Maybank2u
    Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online & Di Mesin ATM
  2. Pergi ke My Accounts dan klik Loans
    Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online & Di Mesin ATM
  3. Baki pinjaman akan dipaparkan
    Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Maybank Secara Online & Di Mesin ATM

Mudahkan? Tak perlu masa yang lama pun! Hanya beberapa minit sahaja anda boleh dapat semak baki pinjaman kereta Maybank anda tanpa perlu ke kaunter Maybank.

Baca juga:Cara Cetak Penyata Maybank Sendiri Secara Online

SEMAK BAKI PINJAMAN KERETA MAYBANK – MELALUI ATM

Pasti ada yang pelik kan, boleh ke semak baki pinjaman kereta Maybank melalui mesin ATM? Biasanya orang ke mesin ATM untuk buat pengeluaran wang. Ramai tak tahu kita boleh semak baki pinjaman kereta Maybank melalui mesin ATM. Ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank berdekatan
  2. Masukkan kad ATM dan PIN anda
  3. Pilih Other Transaction
  4. Pilih Payment
  5. Pilih Express Payment
  6. Pilih Loan/ Financing
  7. Pilih Vehicle Loan/ Hire Purchase
  8. Masukkan Acc No. or Vehicle no
  9. Maklumat baki pinjaman akan terpapar di skrin

Wah! Semudah itu anda boleh semak baki pinjaman kereta Maybank anda tanpa perlu ke beratur panjang di Maybank. Selepas semak baki pinjaman kereta Maybank anda, bolehlah anda uruskan kewangan sebaiknya dan merancang kewangan masa depan.

Bagi individu yang perlu berurusan di kaunter Maybank, anda boleh buat janji temu terlebih dahulu untuk elakkan dari beratur panjang di kaunter.

Baca: Cara Buat Janji Temu Maybank Secara Online

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma