Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh buat semakan baki semasa akaun unit amanah ASNB seperti ASB melalui mesin ATM sahaja. Caranya mudah sahaja. Namun, hanya mesin ATM Maybank sahaja boleh digunakan untuk semak baki ASB.

Dengan kemudahan yang disediakan, pengguna yang tidak punyai akaun online ASNB bolehlah semak tanpa perlu beratur panjang di pejabat pos atau kaunter ASNB.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara semak baki ASB di mesin ATM.

SEMAK BAKI ASB DI MESIN ATM

Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan baki unit amanah ASB di sini:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan anda. Tekan pada skrin untuk mula, klik Tabung Haji/ ASNB.
    Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya
  2. Klik ASNB
  3. Klik TERIMA
    Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya
  4. Klik Daftar ASNB ke Kad ATM untuk kali pertama. Untuk semak baki, Klik Pertanyaan Baki
    Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya
  5. Klik Ya
    Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya
  6. Masukkan kod produk ASNB anda dan klik Ya.
    Semak Baki ASB Di Mesin ATM Dengan Mudah. Ini Caranya
  7. Baki akaun ASB anda akan dipaparkan.
Nota: Kegunaan mesin ATM untuk urusan ASB hanyalah untuk semakan baki dan pelaburan sahaja. Anda tidak boleh membuat pengeluaran ASB melalui mesin ATM.

SEMAKAN BAKI SECARA ONLINE

Buat apa susah-sudah pergi ke mesin ATM atau ke kaunter untuk semak baki ASB jika anda sebenarnya boleh buat secara online sahaja? Tidak perlu keluar rumah pun untuk urusan seremeh ini. Anda boleh semak baki ASB secara online melalui kaedah berikut:

Kedua-dua kaedah yang dicadangkan ini pasti akan memudahkan urusan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh tambah pelaburan ASB guna Maybank2u. Tak perlu susah-susah ke kaunter dah selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma