Cara Daftar i-Akaun Dan Buat Semakan Baki Akaun KWSP Online
Sebagai Ahli KWSP, anda wajib ada i-Akaun untuk memudahkan urusan anda kerana pelbagai kemudahan disediakan dalam i-Akaun ini. Antaranya adalah anda boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP anda untuk mohon pengeluaran i-Sinar.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara daftar i-Akaun KWSP dan buat semakan baki Akaun 1 KWSP secara online untuk pengeluaran i-Sinar.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN i-AKAUN
Antara kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun adalah:
- Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar
- Menyemak status permohonan pengeluaran
- Menyemak sejarah pengeluaran
- Menyemak status penamaan
- Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
CARA DAFTAR i-AKAUN
Sebelum buat semakan baki Akaun 1 KWSP, pastikan anda daftar i-Akaun terlebih dahulu.
Anda boleh ke mana-mana Kiosk atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Anda boleh semak senarai Kiosk KWSP di seluruh negeri dan cara dapatkan kod pengaktifan i-Akaun.
- Setelah selesai pendaftaran di Kiosk atau Kaunter KWSP, anda akan menerima kata laluan melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun
- Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada Login Ke i-Akaun (Ahli)
- Klik Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari
- Masukkan ID/ No Ahli yang diterima daripada Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Teruskan
- Masukkan Kata Laluan yang diterima sekali dengan ID di Kiosk atau Kaunter KWSP / melalui SMS. Klik Log Masuk
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak dan klik Seterusnya
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan
masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan - Pilih Imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan Ahli boleh terus login ke i-Akaun
Bila dah ada i-Akaun, kini anda sudah boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar nanti.
SEMAKAN BAKI AKAUN 1 KWSP
Dah selesai daftar i-Akaun KWSP, kini anda sudah boleh buat semakan baki Akaun 1 KWSP secara online untuk pengeluaran i-Sinar. Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan baki Akaun 1 KWSP:
- Log masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus semak penyata anda
- Untuk buat semakan baki Akaun 1 KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
- Baki simpanan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP anda akan dipaparkan
- Anda boleh cetak sekiranya perlu
TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan pengeluaran i-Sinar adalah diperluas kepada semua Ahli KWSP yang melibatkan 8 juta Ahli.
Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai pertengahan Disember 2020.
Baca sini: Tarikh Permohonan i-Sinar KWSP Bermula Disember 2020 & Cara Memohon
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda lakukan semakan baki Akaun 1 KWSP untuk pengeluaran i-Sinar. Dengan kemudahan yang disediakan, banyak urusan dapat menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke kaunter KWSP untuk urusan yang remeh.
Baca juga: Contoh Bukti Pendapatan Terjejas Yang Anda Boleh Gunakan Sebagai Dokumen Sokongan Mohon i-Sinar
Selamat mencuba!