Selangor Mega Job Fair: Lebih 20,000 Jawatan Kosong Di Temuduga Terbuka Buat Orang Ramai
Peluang pekerjaan buat graduan! Lebih 20,000 peluang pekerjaan dengan penglibatan lebih 1286 syarikat melalui Selangor Job Fair 2022 yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor pada 11 dan 12 Jun 2022.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pembangunan Insan Negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata program itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan JobsMalaysia bertujuan untuk menangani isu pengangguran akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.
Rakyat di seluruh Malaysia terutama Selangor dijemput hadir ke temuduga terbuka ini. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat pendaftaran temuduga terbuka.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Selangor Mega Job Fair
- Anjuran: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama MBSA
- Tarikh: 11 & 12 Jun 2022
- Masa: 9 pagi hingga 5.30 petang
- Lokasi: MBSA Convention Centre Shah Alam
SELANGOR MEGA JOB FAIR
Karnival kerjaya dengan tema “Working Selangor” akan bermula di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 dan 12 Jun di mana kira-kira 20,000 peluang pekerjaan di pelbagai sektor akan ditawarkan.
Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, program skala besar itu akan diadakan secara fizikal selepas dua tahun dijalankan secara hibrid susulan pandemik Covid-19.
PENDAFTARAN AWAL
Kerajaan Selangor berharap orang ramai hadir dan memanfaatkan temuduga terbuka ini. Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menghadiri Job Fair tersebut, anda dinasihatkan untuk membuat pendaftaran awal secara online melalui:
Pendaftaran awal adalah amat digalakkan agar SOP yang telah ditetapkan dapat dipatuhi dengan sempurna. Individu yang telah membuat pendaftaran awal akan menerima satu barcode. Barcode yang diterima adalah digunakan untuk memasuki karnival kerjaya tersebut.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Pastikan anda bersedia dengan berpakaian kemas dan bawa resume secukupnya untuk hadir ke Selangor Mega Job Fair kerana mungkin bakal majikan anda sedang menanti di sana! Nak dapatkan kerja melalui career fair, ikut TIPS INI.
Sekali lagi diingatkan agar anda membuat pendaftaran awal untuk memudahkan urusan nanti.