“Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?” Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

“Mengapa anda layak untuk jawatan ini?” Ini adalah salah satu soalan yang kerap ditanya ketika temuduga kerja tidak kira dalam sektor awam atau swasta. Soalan ini adalah salah satu soalan yang bertujuan untuk menguji calon dan ramai calon yang terkandas hanya disebabkan soalan ini. Nak beri jawapan bukan boleh sesuka hati sahaja!

Selalunya calon menjawab soalan ini dengan penuh yakin dan terlalu memuji diri. Tidak salah nak yakin dan memuji diri, tetapi ada caranya. Tersilap langkah, gagal lah anda!

Jadi penting untuk anda tahu jawapan TERBAIK yang boleh anda gunakan untuk temuduga nanti.

JANGAN SESEKALI BERI JAWAPAN INI

"Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?" Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Kebanyakan calon yang gagal temuduga memberikan jawapan seperti ini:

i)  ”Saya memang minat kerja ni, saya memang patut dapat.”

ii)  ”Saya memiliki CGPA tinggi, atas 3.5, memang saya rasa saya layak. Bukannya senang nak dapat CGPA tinggi ni di universiti.”

iii) ” Mak ayah saya bekerja di jawatan yang sama juga seperti saya minta ni, jadi saya memang dah
tahu macam mana kerjanya”

iv) ” Saya dari dulu memang minat sangat jawatan ini”

CONTOH JAWAPAN TERBAIK KENAPA ANDA LAYAK

"Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?" Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Anda perlu fikir apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga. Ini contoh jawapan terbaik;

“Saya rasa diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana….”

i) Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar.

ii) Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik.

iii) Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya.

iii) Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat ”GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

iv) Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Justeru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Nampak tak? Contoh-contoh di atas ini menunjukkan betapa hebat dan yakinnya anda sekaligus menunjukkan anda sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Sebenarnya mudah sahaja soalan sebegini, kunci untuk memberi jawapan terbaik adalah YAKIN DENGAN DIRI. Apabila anda yakin dengan diri anda, penemuduga pun yakin bahawa anda adalah calon yang terbaik!

Jangan terlalu memberi tanggapan rendah terhadap diri sendiri. Semua orang perlu berfikiran bahawa diri kira mempunyai kebolehan yang luar biasa dan mampu melakukan apa sahaja dengan yakin.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Contoh Jawapan & Point Penting Untuk Soalan Temuduga “Sila Perkenalkan Diri Anda”

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma