Program Saringan Covid-19 Percuma Di Wilayah Persekutuan Sehingga 5 Julai 2021
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melaksanakan dua projek rintis, Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) serta Vaksin Bergerak Trak MyMedic@Wilayah Prihatin yang masing-masing telah bermula baru-baru ini. Kemudahan ini disediakan bagi mengenalpasti individu yang terkena jangkitan Covid-19 tanpa disedari dan mempercepatkan pengagihan vaksin kepada orang ramai.
Program Saringan Komuniti Bersasar COVID-19 (RTK-Ag) menyasarkan sejumlah kira-kira 103,500 penduduk di 27 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalani ujian saringan itu.
Orang ramai yang ingin membuat saringan Covid-19 secara PERCUMA boleh hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASARAN
Program Saringan Covid-19 percuma ini adalah dipelawa untuk penduduk:
- Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan
- Perumahan Awam (PA)
JADUAL PROGRAM SARINGAN COVID-19 PERCUMA
Berikut adalah jadual program saringan Covid-19 percuma di Wilayah Persekutuan:
Warga PPR/PA hanya perlu bawah dokumen berikut sahaja ketika hadir ke program saringan Covid-19 percuma:
- Kad Pengenalan/ MyKAD
Untuk makluman anda, jadual di atas adalah melibatkan 27 PPR/PA bagi program PERINGKAT PERTAMA. PPR/PA yang tidak tersenarai dalam jadual di atas akan terlibat dalam program saringan PERINGKAT KEDUA yang akan diumumkan nanti.
Orang ramai diminta untuk sabar menunggu maklumat yang akan keluarkan kelak. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Bilik Gerakan 24 jam DBKL di talian 03 9226 1112 / 03 9226 1312 / 03 9226 3112.