SARA Untuk Semua! Ini Antara Ucapan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia: Intipati & Langkah Pro-Rakyat 2025

Pengenalan: Tanda Terima Kasih Kerajaan MADANI
Ucapan Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 bukan sekadar kata-kata, tetapi satu pengiktirafan kepada rakyat Malaysia atas ketabahan dan kecekalan menghadapi cabaran ekonomi global. Berlandaskan Ekonomi MADANI, kerajaan berikrar untuk terus menegakkan keadilan sosial, memperkukuh ekonomi, serta memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan.
Melalui pelbagai data, pencapaian ekonomi negara telah membuktikan keberkesanan pendekatan baharu yang dilaksanakan sejak 2023. Dengan pertumbuhan KDNK yang stabil, pengukuhan nilai Ringgit dan pelaburan asing yang meningkat, Malaysia kembali diiktiraf di pentas antarabangsa sebagai sebuah negara berdaya saing.
Namun, Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan sebenar bukanlah sekadar angka ekonomi, tetapi apabila rakyat benar-benar merasai perubahan dan kesenangan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pelbagai langkah bantuan telah dan akan terus disalurkan secara langsung kepada rakyat.
Ucapan ini menjadi bukti bahawa Kerajaan MADANI meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap dasar, termasuk isu kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi.
1. Prestasi Ekonomi Negara Semakin Kukuh
- KDNK suku pertama 2025 tumbuh 4.4%; suku kedua diunjur 4.5%.
- Malaysia melonjak ke tangga ke-23 Indeks Daya Saing Dunia 2025.
- RM384 bilion pelaburan diluluskan pada 2024 – tertinggi dalam sejarah.
- Nilai Ringgit mengukuh lebih 5% kepada RM4.23 berbanding USD – antara 5 mata wang terbaik di Asia.
2. Rakyat Didahulukan Dalam Segala Ikhtiar
- Kadar pengangguran turun ke paras 3.0%, terendah dalam 10 tahun.
- Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 bermula Feb 2025.
- 153,000 pekerja GLC/GLIC menerima “living wage” RM3,100.
- Lebih 4,000 jawatan kesihatan bakal diisi tahun ini.
3. Bantuan Langsung & Program MADANI Diperluas
- Hampir 150,000 keluarga keluar daripada kemiskinan tegar.
- RM13 bilion disalurkan melalui STR dan SARA.
- Harga lantai padi dan IPG dinaikkan dua kali sejak 2022.
- Program Sejati MADANI dan Kampung Angkat berjaya gerakkan 8,600 aktiviti ekonomi komuniti.
4. Langkah Segera Menangani Kos Sara Hidup
a. SARA untuk Semua
- Bantuan RM100 one-off untuk semua warganegara dewasa (18+) melalui MyKad mulai 31 Ogos 2025.
- Manfaat 22 juta rakyat dengan jumlah RM2 bilion.
b. Cuti Tambahan Hari Malaysia
- 15 September 2025 diisytihar cuti umum sempena Hari Malaysia.
c. Jualan Rahmah MADANI Diperluas
- Peruntukan ditingkatkan kepada RM600 juta untuk capai semua DUN.
d. Penangguhan Kenaikan Tol
- 10 lebuh raya tidak dinaikkan kadar tol. Kerajaan tanggung RM500 juta.
e. Subsidi Petrol RON95 Bersasar
- Harga RON95 diturunkan kepada RM2.00 seliter untuk rakyat Malaysia.
- Penjimatan subsidi disasarkan kepada rakyat sebenar – bukan warga asing atau golongan elit.
Penutup: Rakyat, Rakyat dan Rakyat
Perdana Menteri mengakhiri ucapan dengan janji teguh bahawa seluruh dasar kerajaan berpaksikan kepentingan rakyat. Kerajaan MADANI akan terus mengutamakan kebajikan rakyat melalui Belanjawan MADANI Keempat 2026 dan langkah-langkah mampan bagi menangani isu sara hidup.
Kerajaan bukan sekadar mengumumkan bantuan, tetapi berusaha membina dasar jangka panjang untuk kesejahteraan berterusan semua rakyat Malaysia.


