Anda Kena SCAM! Selain Dari Buat Report Polis Anda Juga Boleh Buat Aduan Kepada 3 Badan Ini

Dunia sekarang ini memang tidak dapat lari dari ‘scam’  ataupun penipuan. Bukan sahaja secara secara online, secara bersekemuka pun ramai yang ditipu! Tetapi yang paling kerap sekali berlaku adalah scam bagi pembelian atas talian dan kehilangan wang dalam bank.

Selain itu, kes pencurian data peribadi juga banyak berlaku yang ramai tak sedar. Penipuan ini berlaku kadang-kadang adalah sebab kecuaian diri sendiri. Namun jangan risau, selain buat laporan polis, sebenarnya anda boleh buat aduan untuk siasatan lebih terperinci kepada badan-badan berkaitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara yang betul untuk buat aduan kepada badan berkaitan untuk tindakan lanjut.

3 BADAN UNTUK ADUAN SCAM

Bank Negara Malaysia – Penipuan Wang (Money Scam)

Seperti yang kita semua tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan bank pusat Malaysia. Sekiranya anda kena scam yang melibatkan kewangan atau kehilangan wang dalam akaun bank, anda boleh buat aduan kepada BNM. BNM akan bertindak untuk menyiasat masalah berkaitan scam kewangan.

Sebelum membuat laporan kepada BNM, anda mestilah membuat report polis terlebih dahulu. Apabila anda membuat laporan kehilangan wang dalam bank, BNM dapat menjejaki ke mana wang dari bank anda telah pergi. Sekiranya mereka berjaya jejak, anda mungkin boleh dapatkan wang anda kembali.

Untuk ajukan aduan kepada BNM anda boleh hubungi  BNMTELELINK di talian 1 300 88 5465.

SKMM- Penipuan Siber (Cyber Scam)

Walaupun ramai yang tahu kebanyakan penipuan adalah dalam bentuk pencurian wang, sebenarnya scam ini boleh datang dalam pelbagai bentuk lain. Kadang-kadang scammer ini bertindak untuk menipu anda supaya anda memberikan maklumat peribadi anda.

Penipuan siber ini boleh berlaku melalui panggilan telefon, pesanan ringkas SMS atau bahkan penghantaran pautan yang mencurigakan untuk mencuri data anda.

Untuk penipuan seperti ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak untuk menyiasat masalah anda. SKMM juga akan bertindak untuk menangani penipuan siber yang berlaku.

Untuk membuat aduan berkaitan penipuan siber kepada SKMM, anda boleh hubungi talian berikut:

Anda Kena SCAM! Selain Dari Buat Report Polis Anda Juga Boleh Buat Aduan Kepada 3 Badan Ini

KPDNHEP – Penipuan Pengguna

Aduan kepada KPDNHEP boleh dibuat sekiranya anda terlibat dalam penipuan ketika pembelian barang tidak kira secara atas talian ataupun di kedai berdekatan anda. Contoh penipuan secara atas talian yang sering berlaku adalah sudah buat pembayaran, tetapi barang tidak dapat. Ada juga yang dapat barang tetapi tidak sama seperti yang dipesan. Selain penipuan secara atas talian, anda juga boleh buat aduan berkaitan harga barangan runcit yang tidak sepatutnya di kedai yang anda lawati.

Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) dapat membantu menyiasat kes-kes penipuan seperti di atas. KPDNHEP bukan sahaja dapat menjejaki kes penipuan, mereka juga dapat menangani kes yang melibatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

Tak susah pun nak buat aduan kepada KPDNHEP. Anda hanya perlu sediakan beberapa bukti dan buat aduan secara atas talian.

Baca: Cara Buat Aduan KPDNHEP Jika Ditipu Ketika Pembelian

Sebenarnya anda tidak perlu anda kena scam atau sudah jadi mangsa pun untuk anda buat aduan. Sekiranya ada sesuatu mencurigakan berlaku dan anda rasanya anda berisiko untuk ditipu, anda boleh terus buat aduan untuk mencegah sebelum terkena.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma