Cara Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah Sewa/Beli RM47,000
Program Rumah Kos Rendah ini adalah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program ini dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPD).
Tujuan LPPB menyediakan peruntukan ini adalah agar semua rakyat Sabah yang berpendapatan rendah akan memiliki sebuah rumah mampu milik dengan harga serendah RM47,000.
Namun, permohonan perlulah dilakukan terlebih dahulu. Semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di perkongsian ini.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon Rumah Kos Rendah Sabah, anda perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
- Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
- Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
- Tidak memiliki tanah sendiri
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Terbuka LPPB untuk mendapatkan rumah.
CARA MEMOHON RUMAH KOS RENDAH SABAH
Untuk membuat permohonan, anda perlu mendaftar Rumah Kos Rendah (sewa atau beli) melalui cara yang ditunjukkan ini.
Langkah 1
Pergi ke laman Sistem Pendaftaran Terbuka, baca syarat-syarat kelayakan tick pada kotak yang disediakan jika anda bersetuju dan klik SUBMIT.
Langkah 2
Muat naik kad pengenalan (bahagian depan sahaja) dan surat daftar kelahiran anda di ruangan yang disediakan. Tick pada kotak yang disediakan setelah selesai dan klik COMPLETE.
Permohonan selesai. Status permohonan anda sama ada lulus atau tidak akan dihantar terus ke email anda. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Rumah Kos Rendah Sabah, anda boleh hubungi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah di talian +6088 287 777/ +6088 222 670 atau email kan ke alamat info@lppd.gov.