Sangat Mudah, Ini Cara Buat Resume Menggunakan Google Docs. Siap Dengan Template
Terdapat pelbagai cara yang mudah untuk anda sediakan resume. Tiada alasan ‘tidak tahu’ lagi selepas ini untuk buat resume kerana anda boleh buat resume hanya menggunakan Google Docs. Siap dengan templates lagi!
Tak perlu susah-susah dah nak buat templates, anda hanya perlu masukkan sahaja maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dalam templates.
Manfaatkan kelebihan dan kemudahan yang ada pada Google Docs. Rujuk panduan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PANDUAN BUAT RESUME MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS
Langkah 1
Log in ke akaun Google anda dan pergi ke Google Docs.
Langkah 2
Klik pada Template Gallery.
Langkah 3
Pelbagai jenis Template akan dipaparkan. Pilih yang template yang sesuai di bahagian ‘Resumes’.
Langkah 4
Template resume yang anda pilih tadi akan dipaparkan. Anda boleh terus edit segala maklumat sesuai dengan maklumat anda.
Baca juga: 5 Perkara Yang Patut Di Elakkan Dalam Resume Yang Ramai Tak Sedar
Langkah 5
Bila dan siap edit semua maklumat, rename file dan muat turun resume anda. Muat turun dan simpan sebagai fail PDF.
Baca juga: Kegunaan Pelbagai Aplikasi Google Yang Sangat Berguna Buat Pelajar Universiti
Siap! Mudah kan? Pastikan anda simpan juga fail resume anda ke dalam Google Drive. Anda boleh ubah maklumat mengikut keperluan jawatan yang dipohon. Kemudian simpan fail dokumen tersebut dengan menamakannya semula. Salinan asal resume anda kekal disimpan secara automatik di dalam Google Drive.
Semoga bermanfaat!