Nak Log Masuk Laman MySTR, Tapi Lupa Kata Laluan? Ini 4 Kaedah Mudah Reset Password
Portal Rasmi MySTR telah dibuka mulai 17 Januari 2023 untuk kemudahan orang ramai buat semakan status kelayakan masing-masing. Untuk makluman anda, pendaftaran laman Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dibuat bagi membolehkan semakan status atau kemaskini maklumat permohonan melalui Portal Rasmi MySTR).
Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021/ BKM 2022 dan telah mendaftar MyBPR/ MyBKM, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan semasa MyBPR/ MyBKM boleh digunakan untuk Log Masuk laman MySTR. Pasti ada yang terlupa kata laluan kan untuk semak status BPR kan?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 4 pilihan kaedah reset kata laluan untuk log masuk laman permohonan BKM.
Isi Kandungan
4 KAEDAH RESET PASSWORD JIKA TERLUPA KATA LALUAN
Berikut adalah 4 pilihan kaedah untuk reset atau dapatkan semula password untuk log masuk ke laman MySTR bagi yang terlupa kata laluan yang didaftarkan di laman MyBPR/ MyBKM:
Menggunakan Google (Password yang disimpan di Google)
Sekiranya anda pernah simpan kata laluan yang didaftarkan di laman MyBPR/ MyBKM, anda boleh tengok semula kata laluan yang disimpan tersebut di laman Google Crome dengan ikut langkah berikut:
- Buka Google Chrome anda
- Klik pada 3 titik di bahagian atas sebelah kanan
- Klik Setting
- Klik Auto Fill
- Klik Password
Senarai kata laluan yang disimpan di laman-laman web tertentu akan dipaparkan. Anda boleh semak semula kata laluan yang disimpan di laman MyBPR/ MyBKM jika ada!
Melalui Email
Pilihan kedua yang anda boleh cuba sekiranya anda tidak simpan kata laluan di akaun Google adalah reset password melalui email dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan klik LOG MASUK BKM
- Klik TERLUPA KATA LALUAN
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
- Masukkan emel yang didaftarkan dan klik Seterusnya
Kata laluan sementara akan dihantar terus ke alamat emel yang dimasukkan. Log masuk semula dengan kata laluan sementara dan bina kata laluan baru yang senang diingat.
Soalan Keselamatan
Bagi yang tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM atau percukaian / e-mel tidak sah:
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini
Cuba Selepas 24 Jam/ Hubungi LHDN
Sekiranya anda tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej ” Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 2 kali. Sila cuba semula selepas 24 jam”, ini tindakan yang perlu anda lakukan:
- Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh cuba semua lepas 24 jam
- Sekiranya masih terlupa, anda boleh hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC
Untuk makluman anda, STR akan dibayar secara berperingkat, iaitu sebanyak 4 kali dalam setahun. Anda boleh semak tarikh bayaran pertama STR akan disalurkan di bawah:
Maklumat lanjut berkaitan STR boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.