Terlupa Kata Laluan e-Filing? Ini 3 Cara Reset Kata Laluan e-Filing
E-FILING merupakan satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Melalui kaedah ini, pembayar cukai boleh menghantar borang ini dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu pergi ke kaunter LHDNM.
Tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun adalah tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir.
Individu yang terlupa kata laluan untuk log masuk e-Filing boleh reset semula kata laluan dengan 3 cara mudah di bawah.
Baca juga: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil
Isi Kandungan
CARA RESET KATA LALUAN E-FILING
Melalui Email
Jika anda mempunyai emel berdaftar dengan LHDNM, ikut langkah berikut:
- Klik Terlupa Kata Laluan di ez.hasil.gov.my
- Masukkan No. Pengenalan dan klik HANTAR
- Ikut langkah berikutnya untuk reset kata laluan
Melalui Nombor Telefon
Permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS adalah bagi pengguna MAXIS, Celcom, Digi dan Umobile sahaja. Pengguna perlu mempunyai nombor telefon berdaftar dengan LHDNM. Berikut adalah cara dapatkan kod pengaktifan sementara:
Pengguna sijil digital individu:
Hantar “HASILEF<jarak>IND<jarak><No Pengenalan>” ke 38888
Contoh: HASILEF IND 1111111111
Pengguna sijil digital organisasi
Hantar “HASILEF<jarak>OEF<jarak><No Pengenalan>” ke 38888
Contoh : HASILEF OEF 111111111111
*Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan bayaran RM0.50
Hadir ke Cawangan LHDNM
Jika anda tidak dapat reset kala laluan menggunakan kedua kaedah di atas, anda boleh terus ke cawangan LHDNM berdekatan dan maklumkan mengenai masalah terlupa kata laluan e-filing.
Pembayar cukai baharu yang belum pernah membayar cukai perlu membuat permohonan no. pin e-filing untuk pengisian secara online.
Rujuk: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi HASiL Care Line di talian 03 8911 1000 (LHDN).