Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET Sesi 2 2022
Calon yang telah duduki ujian MUET sesi 2 tahun 2022 dan telah mendapat keputusan masing-masing tetapi tidak berpuas hati dengan keputusan diterima boleh buat permohonan rayuan untuk semakan semula keputusan MUET secara atas talian melalui laman permohonan khas yang disediakan.
Setiap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET mestilah disertakan bersama kadar bayaran yang ditetapkan. Pastikan anda buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka.
Ikuti perkongsian i bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan rayuan semak semula MUET sesi 2 tahun 2022.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN & KEPUTUSAN
Permohonan rayuan semak semula keputusan MUET Sesi 2 tahun 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 15 September 2022 jam 10 pagi hingga 21 September 2022 jam 11 malam
Keputusan bagi semakan semula keputusan adalah:
- Dalam tempoh 30 hari selepas tarikh tutup permohonan
KADAR BAYARAN RAYUAN SEMAK SEMULA
Setiap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET dikenakan bayaran sebanyak:
- RM70
Bayaran boleh dibuat secara atas talian di laman https://mypay.com.my/web/mpm
RAYUAN SEMAK SEMULA MUET
Rayuan semakan semula keputusan MUET Sesi 2 tahun 2022 boleh dibuat secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka. Pergi ke pautan berikut untuk buat rayuan semak semula MUET sesi 2 tahun 2022:
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkenaan rayuan semak semula keputusan MUET, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui email di alamat muet@mpm.edu.my.