Rasmi 8 Jun 2020 Merupakan Hari Cuti Kelepasan AM, Diisytiharkan Hari Ulang Tahun Keputeraan Agong

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Tarikh Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 bersamaan hari Isnin.

PENGUMUMAN PINDAAN TARIKH HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Pindaan tarikh ini telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media, hari ini.

Rasmi 8 Jun 2020 Merupakan Hari Cuti Kelepasan AM, Diistiharkan Hari Ulang Tahun Keputeraan Agong

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya itu, Datuk Mohd Zuki berkata kerajaan juga bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahan.

Menurutnya lagi, Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma