“Ada Rancangan Untuk Sambung Belajar”? Ini Cara Jawab Jika Ditanya Dalam Temuduga
Anda ada kelayakan sehingga SPM, STPM atau Diploma dan nak terus bekerja? Sekiranya anda hadir temuduga bagi jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), anda mungkin akan ditanya soalan seperti “Ada rancangan untuk sambung belajar”. Soalan ini bukan bermakna panel paksa anda sambung belajar dan tak boleh bekerja.
Soalan ini diberi untuk uji cara calon jawab soalan. Jadi, calon mestilah bijak mengendalikan soalan seperti ini! Pastikan anda tetapkan matlamat utama anda sekiranya sambung belajar jika ditanya soalan ini. Jangan hanya sekadar beri jawapan dengan matlamat untuk menagih simpati panel.
Macam mana nak jawab dan tetapkan matlamat untuk jawab soalan ini? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan menjawab dan contoh jawapan yang sesuai.
Isi Kandungan
PANDUAN JAWAB SOALAN
Pastikan anda TIDAK beri jawapan seperti berikut:
- Saya tidak berminat untuk sambung belajar
- Tiada peluang untuk saya sambung belajar
Pastikan anda terapkan dalam diri anda BERMINAT untuk sambung belajar dengan MATLAMAT:
- Sambung belajar untuk MAJUKAN DIRI supaya kerja akan lebih berkualiti dan produktiviti yang baik
CONTOH JAWAPAN
Berikut adalah contoh jawapan yang anda boleh jadikan rujukan sekiranya ditanya tentang rancangan untuk sambung belajar:
Saya memang ada cita-cita untuk sambung belajar, buat masa ini saya nak fokus kepada pekerjaan dahulu. Jika ada peluang dan rezeki, saya akan sambung belajar. Saya percaya dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya dapat berkhidmat untuk kerajaan dan masyarakat. Sekiranya ada peluang untuk sambung belajar, saya akan mempertingkatkan lagi mutu, kualiti dan produktiviti saya dalam perkhidmatan awam.
Baca juga: “Mengapa Anda Berminat Dengan Kerja Kerajaan?”. Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini
Pastikan anda lengkapkan jawapan anda dengan matlamat sebenar anda sekiranya diberi peluang untuk sambung belajar.
Semoga bermanfaat!