Permohonan Kemasukan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2023
Rancangan Khas Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan.
Ibu bapa yang berhasrat untuk daftarkan anak lepasan Tahun 6 ke Tingkatan 1 di Rancangan Khas Pendidikan KPM tahun 2023 sudah boleh semak syarat-syarat kelayakan dan tarikh penting permohonan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan kemasukan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor di bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan Rancangan Khas Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 3 Januari 2023 hingga 15 Januari 2023
MATLAMAT RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN
Program ini bertujuan untuk:
- Membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka
- Pelajar akan diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar
*Biasiswa ditawarkan kepada pelajar tertakluk terma dan syarat.
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan berikut:
- Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
- Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan untuk pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
- Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN
Berikut adalah antara asrama / sekolah pilihan bagi pelajar yang layak:
- Asrama Pusat Yayasan Selangor
- Asrama Daerah Yayasan Selangor
- Tanpa Asrama/ Berulang Dari Rumah
A. Asrama Pusat Yayasan Selangor
Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :
- Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
- Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
Persekolahan Pelajar Asrama Pusat
Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :
AYSSB
SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)
AYSK
- SMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)
- SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki / Perempuan)
- SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)
- SMK Convent, Klang (Perempuan)
- SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)
- SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)
B. Asrama Daerah Yayasan Selangor
Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.
Asrama Daerah di Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan terdiri daripada :
i) Daerah Sabak Bernam
- SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)
- SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)
- SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki / Perempuan)
- SMK Bagan Terap (Lelaki / Perempuan)
- SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)
ii) Daerah Kuala Selangor
- SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang (Lelaki / Perempuan)
- SMK Pengkalan Permatang (Lelaki / Perempuan)
iii) Daerah Hulu Selangor
- SMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki / Perempuan)
iv) Daerah Petaling
- SMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki / Perempuan)
- SMK Shah Alam (Lelaki / Perempuan)
- SMK Tinggi Kajang (Lelaki)
v) Daerah Hulu Langat
- SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (Lelaki / Perempuan)
- SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) (Lelaki / Perempuan)
vi) Daerah Kuala Langat
- SMK Telok Panglima Garang ( Lelaki / Perempuan)
- SMK Banting (Lelaki / Perempuan)
- SMK Bukit Changgang (Lelaki / Perempuan)
x) Daerah Sepang
- SMK Seri Sepang (Lelaki / Perempuan)
xi) Wilayah Persekutuan
- SMK Victoria (lelaki sahaja)
C. Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah
Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :
Selangor
- SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)
- SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)
- SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- SMK Aminuddin Baki (Lelaki / Perempuan)
- SMK Seri Bintang Utara (Lelaki / Perempuan)
KAEDAH PERMOHONAN
Secara Online
- Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) dan Memuat Naik (UPLOAD) Dokumen yang Diperlukan
- Cetak dan Hantar Borang Berserta Dokumen yang Lengkap & Disahkan Selewat-Lewatnya (AKAN DIKEMASKINI).
Secara Manual
- Mengisi Borang yang Dimuat Turun (DOWNLOAD) di Laman Sesawang Yayasan Selangor.
- Hantar Borang Berserta Dokumen yang Lengkap & Disahkan.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapatkan di laman rasmi yayasanselangor.org.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Rancangan Khas Pendidikan yayasan Selangor, anda boleh hubungi:
- Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan SelangorTingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor - Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
- Faks : 03-7954 1790 / 1862
- Email : hep@yselangor.com