Alert Dengan Temu Janji Vaksin Di MySejahtera. Ini Cara Aktifkan “Push Notification”

Program Imiunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa ketiga telah bermula di beberapa negeri iaitu Perlis, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur), Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor.  Kini, kerajaan sedang berusaha meningkatkan kadar pemberian dos vaksin setiap hari.

Perhatian buat individu yang telah daftar vaksin tetapi masih belum menerima tarikh janji temu vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Bagi mengelakkan terlepas janji temu, pastikan anda aktifkan “push notification” aplikasi MySejahtera untuk terima notifikasi vaksin Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan aktifkan “push notification” di MySejahtera.

CARA AKTIFKAN PUSH NOTIFICATION MYSEJAHTERA

Berikut adalah panduan mengaktifkan “push notification” di MySejahtera agar anda dapat notifikasi apabila terima tarikh janji temu suntikan:

  1. Buka Setting/ Tetapan di telefon bimbit anda
  2. Klik pada MySejahtera
    Alert Dengan Temu Janji Vaksin Di MySejahtera. Ini Cara Aktifkan "Push Notification"
  3. Klik Notification
    Alert Dengan Temu Janji Vaksin Di MySejahtera. Ini Cara Aktifkan "Push Notification"
  4. Aktifkan butang Allow Notification
    Alert Dengan Temu Janji Vaksin Di MySejahtera. Ini Cara Aktifkan "Push Notification"

Siap! Semudah itu sahaja tindakan yang anda perlu buat. Lepas dah aktifkan push notification tersebut, anda akan terima notifikasi di telefon bimbit anda apabila mendapat tarikh janji temu nanti.

MENU HELPDESK MYSEJAHTERA

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan aplikasi MySejahtera atau mengenai pendaftaran vaksinasi Covid-19, anda boleh terus kemukakan masalah anda di menu Helpdesk yang disediakan.

Alert Dengan Temu Janji Vaksin Di MySejahtera. Ini Cara Aktifkan "Push Notification"

Sekiranya anda ibu bapa yang berumur 60 tahun ke atas dan masih belum terima janji temu vaksinasi, anda boleh buat aduan di Helpdesk untuk dapatkan tarikh segera.

Baca: Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma