PUNB Management Trainee: Tawaran Program Latihan Sambil Bekerja Terbuka Buat Graduan

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) yang terlibat dalam pembangunan usahawan bumiputera dalam perniagaan strategik terutamanya dalam industri perdagangan runcit dan pengedaran.

PUNB berhasrat untuk membangunkan generasi peneraju negara melalui Program Pelatih Pengurusan atau PUNB Management Trainee yang ditawarkan. Pelatih pengurusan akan dicabar dalam persekitaran kerja yang dinamik, berdaya saing serta didedahkan kepada pelbagai sektor dan industri.

Inilah peluang untuk anda bina kerjaya anda! Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara mohon.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)
  • Nama program: PUNB Management Trainee
  • Tempoh latihan: 6 bulan hingga 1 tahun
  • Penempatan latihan: Pejabat dan cawangan PUNB seluruh negara
  • Tarikh tutup: 30 April 2022

PUNB MANAGEMENT TRAINEE

PUNB Management Trainee merupakan program pengurusan enam bulan hingga 1 tahun  yang bertujuan untuk membantu PUNB mempunyai kakitangan yang berdedikasi dalam menyediakan akaun bulanan dan memberi khidmat nasihat dari segi pengeluaran, pembangunan perniagaan, pemasaran, sumber manusia dan lain-lain. Pelatih Pengurusan akan ditempatkan di pejabat dan cawangan PUNB di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran mengikuti latihan pengurusan bersama PUNB melalui PUNB Management Trainee terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Graduan baru berkelayakan dalam bidang accounting, banking, business administration, law, information and communication technology atau sebarang bidang
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Pencapaian tinggi yang bertenaga dan mampu bekerja dalam pasukan
  • Berumur maksimum 26 tahun pada 31 Disember 2022

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat nak bina kerjaya dengan PUNB melalui PUNB Management Trainee yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online selewat-lewatnya 30 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman berikut:

Pemohon yang berminat dikehendaki menghantar permohonan anda melalui emel atau menghantar resume terperinci anda dengan gambar terbaru berukuran pasport melalui pos/ emel ke alamat dinyatakan pada atau sebelum tarikh tutup.

  • Head Human Resource Development & Administration Unit
    Perbadanan Usahawan Nasional berhad
    10th Floor, Block 1B, Plaza Sentral
    Jalan Stesen Sentral 5
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma