Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Dapat panggilan duduki Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19? Tahniah! Sekiranya anda mendapat panggilan ujian, ini bermakna anda sudah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dan ini adalah langkah pertama sebelum anda mendapat lantikan. Nak dapatkan lantikan bagi jawatan ini, calon WAJIB LULUS dan jawab soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Anda pertama kali ikuti Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 dan tak tahu apa soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 yang akan keluar nanti? Jangan risau, anda boleh buat persediaan dari sekarang dengan dapatkan koleksi contoh soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 yang akan dikongsikan ini.

Walaupun soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 tidak melibatkan pengetahuan, namun calon perlu jawab dengan BIJAK untuk lulus ujian ini.

TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Sebelum lihat contoh soalan Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19, ketahui dulu tugas sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19. Antara tugas-tugas sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19 adalah:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Berminat dengan tugas yang dinyatakan dan sedia untuk berjuang bagi mendapatkan jawatan ini? Jom lihat contoh soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19!

FORMAT SOALAN PSIKOMETRIK PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Bagi yang pertama kali nak jawab soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19, pasti belum tahu macam mana bentuk soalan yang akan diberi.

Format soalan dan jawapan pilihan adalah tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Biasanya calon diberikan masa 60 minit untuk selesaikan sebanyak 200 soalan (berbeza mengikut ujian).

Calon perlu menjawab soalan berbentuk psikologi yang merangkumi aspek berikut:

  • Personaliti
  • Motivasi
  • Kejujuran
  • Integriti
  • Kebolehan Sosial
  • Kestabilan Sosial
  • Kestabilan Emosi
  • Disiplin
  • Kerjasama
  • Komunikasi

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

Berikut adalah beberapa contoh soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 yang boleh dijadikan rujukan dan panduan buat anda untuk jawab soalan sebenar nanti:

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat seseorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Nampak senang, tapi tak semua calon boleh LULUS!

Walaubagaimapun, biasanya soalan untuk ujian ini lebih kurang sama sahaja seperti ini. Ini hanyalah sebahagian soalan sebagai panduan atau gambaran kepada calon untuk persediaan menghadapi ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 nanti. Calon dinasihatkan untuk dapatkan lebih banyak soalan dan tips-tips berguna bagi menjawab soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 dengan cemerlang.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik

TEMPAH SEKARANG

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma