Tawaran Program Protege Bursa Malaysia Dengan Elaun RM3,600 Sebulan Terbuka Buat Graduan

Bursa Malaysia Protege Programme ialah program sangkutan industri yang bertujuan untuk menyediakan graduan baharu pembelajaran holistik dan pengalaman bekerja di Bursa Malaysia untuk tempoh 12 hingga 24 bulan. Graduan dari pelbagai bidang pengajian yang berminat untuk bina kerjaya dipelawa untuk rebut peluang ini!

Pelbagai manfaat termasuk elaun bulanan disediakan sebagai kemudahan kepada calon yang mengikuti program Protege di Bursa Malaysia. Graduan yang tiada pengalaman kerja adalah digalakkan untuk mohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Majikan: Bursa Malaysia
  • Nama program: Bursa Malaysia Protege Programme
  • Penempatan: Kuala Lumpur
  • Tempoh program: 12 hingga 24 bulan

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat mengikuti program Protege Bursa Malaysia adalah:

  • Elaun bulanan RM3,600
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit & pelepasan hospital
  • Faedah kesihatan dan pergigian
  • Perlindungan insurans
  • SOCSO/ EIS

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Graduan dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana
  • Keputusan CGPA 3.0 dan ke atas
  • Graduan baharu dengan pengalaman kerja tidak lebih 2 tahun

Pemohon dari bidang pengajian berkaitan berikut akan diberi keutamaan:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Human Resources/ Finance/ Accounting/ Business Administration/ Mass Communication/ Actuarial Science atau bidang perkaitan
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Information Technology / Computer Science / Business Information Technology

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian sepanjang permohonan dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui laman permohonan berikut:

Hanya calon yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma