Pesakit Di Wad Dibenarkan Untuk Ditemani Oleh Penjaga & Pelawat Mulai 23 April Bersyarat
Akibat penularan wabak Covid-19 yang begitu pantas dan tidak dapat dijangka, sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan bahawa pesakit-pesakit di wad fasiliti kementerian tidak dibenarkan untuk menerima pelawat atau ditemani penjaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai.
KKM dalam satu kenyataan pada 21 April 2022 telah memaklumkan akan membenarkan pesakit-pesakit di wad fasiliti kementerian itu untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat mulai 23 April ini dengan syarat-syarat tertentu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kebenaran pesakit menerima pelawat dan penjaga di wad fasiliti kementerian dan syarat ditetapkan oleh KKM.
Isi Kandungan
SYARAT PENERIMAAN PENJAGA & PELAWAT DI HOSPITAL KKM
KKM dalam satu penyataan memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM semasa fasa peralihan ke endemik itu, bagaimanapun adalah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.
Menurut KKM, kriteria umum bagi pelawat dan penjaga yang ingin melawat atau menemasi pesakit di wad mestilah:
- Berusia 12 tahun ke atas
- Telah lengkap vaksinasi Covid-19
- Tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19
- Dari kalangan yang tidak disyaki Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS)
- Tidak mempunyai gejala Covid-19
Bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri:
- Ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan di hospital
- tarikh dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan beserta gambar sebagai bukti
Mereka juga perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi standard operasi (SOP) dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.
Menemani Ibu Bersalin
Jelas KKM lagi, bagi kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan Covid-19 termasuk menemani ibu bersalin, individu itu perlu:
- Menjalani ujian saringan Covid-19 iaiyi RTK- Ag kendiri dan disahkan negatif
JUMLAH PELAWAT & PENJAGA DIBENARKAN
Lawatan daripada kalalangan ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang berada sama ada di wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) atau sedang tenat (End of Life) adalah dibenarkan namun adalah terhad kepada:
- 2 orang pelawat sahaja pada satu -satu masa
- Pelawat juga digalakkan untuk menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum melawat
Bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan:
- Hanya seorang penjaga
Pesakit Covid-19
Bagi lawatan dan jagaan bagi pesakit Covid-19 kehadiran penjaga hanya dibenarkan bagi pesakit yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja. Bagi tujuan tersebut, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif dan ujian perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.
KKM turut memaklumkan dalam keadaan tertentu apabila risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak Covid-19 di hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.