Permohonan Projek Pertanian Bandar PENJANA Di Buka, Terima Insentif Input Pertanian, Latihan Dan Khidmat Nasihat Percuma
Satu lagi insentif telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu Projek Pertanian Bandar. Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Insentif ini juga adalah untuk mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.
Bantuan akan diberikan secara one-off dalam bentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal. Semak syarat kelayakan dan cara memohon di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:
- Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan terhad kepada satu permohonan sahaja
- Berminat untuk melaksanakan projek pertanian
- Bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek
pertanian
2 KATEGORI PERMOHONAN
Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:
- Kategori Komuniti
– Projek dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta - Kategori Individu
– Projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing – masing.
CARA MEMOHON
Jika berminat anda boleh membuat permohonan sekarang sehingga 31 Julai 2020. Untuk membuat permohonan, anda perlu mengisi Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar mengikut kategori yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
- Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar – Kategori Individu
- Borang Permohonan Projek Pertanian Bandar – Kategori Komuniti
Anda juga boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Pertanian berdekatan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui emel bandar@doa.gov.my , serahan tangan atau faks ke Pejabat Pertanian terdekat seperti yang disenaraikan di bawah:
Selepas permohonan lengkap diterima, Pegawai Jabatan Pertanian terdekat anda akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan jenis bantuan/ insentif yang akan diterima.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Pertanian Negeri anda atau lawati laman rasmi Jabatan Pertanian.