Permohonan Projek Makmur Negeri Pahang, Perumahan Serendah RM80,000 Seunit
Projek Rumah Makmur adalah sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang. PR1MA Pahang merupakan perumahan mampu milik yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi memberikan akses perumahan yang mampu dimiliki, selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan RM10,000.00 ke bawah satu isi rumah.
Projek Rumah Makmur yang dijual pada harga RM80,000.00 bertujuan untuk memberikan akses perumahan mampu milik kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah iaitu RM5,000.00 kebawah satu isi rumah selaras dengan perumahan untuk semua.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Projek Rumah Darul Makmur.
Isi Kandungan
JENIS RUMAH
Berikut adalah spesifikasi rumah dengan harga jualan RM80,000:
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat dan kelayakan bagi permohonan pendaftaran Projek Rumah Makmur adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Tidak memiliki rumah
- Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
- Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
LOKASI PROJEK
Anda boleh semak senarai projek mengikut lokasi-lokasi yang ditawarkan di pautan berikut:
Pemohon boleh hubungi Bahagian Perumahan SUK Pahang untuk tempahan atau maklumat lanjut bagi Kuota Bumiputera Projek Swasta di talian 09-5156 303 / 09-5129 420.
CARA MEMOHON
Ikut langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:
- Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan sebelum memohon.
- pergi ke lama eperumahan dan masukkan nombor kad pengenalan. Klik Semak.
- Lengkapkan permohonan yang disediakan
- Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
- Medan bertanda * adalah wajib diisi.
- Klik SIMPAN selepas mengisi borang
- Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik. Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN
- Sila pastikan borang diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan seperti di senarai semak dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi Bahagian Perumahan SUK Pahang dii talian 09-5156 303 / 09-5129 420. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman eperumahan.pahang.