Projek Khas Tani Pasca Covid-19: Tawaran Bantuan Baja & Racun RM3,000

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input tanaman seperti baja dan racun.

Melalui projek ini, Jabatan secara tidak langsung memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan projek ditawarkan dan panduan buat permohonan.

JENIS BANTUAN

Petani yang mohon bantuan melalui Projek Khas Tani Pasca Covid-19 akan menerima bantuan berupa:

  • Baja dan racun bernilai RM3,000

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Mei – 14 Mei 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Projek sedia ada dan masih aktif
  • Terbuka kepada semua petani negeri Perak
  • Tidak menerima sebarang peruntukan pada tahun semasa
  • Status tanah yang sah
  • Minimum keluasan pemberian bantuan adalah:
    a) 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun
    b) 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
    c) Minimum 1,000 polibeg bagi petani perusahaan fertigasi
  • Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan
  • Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan
  • Semua permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum dilululuskan

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan untuk sokongan pertanian, anda boleh buat permohonan secara atas talian sepanjang tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan online di pautan berikut:

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan hadir terus ke salah satu Pejabat Pertanian berikut:

  • Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah
  • Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar
  • Pejabat Pertanian Hulu Perak
  • Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak
  • Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
  • Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama
  • Pertanian Daerah Manjung
  • Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim

Untuk maklumat lanjut berkenaan Projek Khas Tani Pasca Covid-19 yang ditawarkan, anda boleh terus layari www.pertanianperak.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma