Cara Mohon Vaksinasi Untuk Penjaja Melalui Program Vaksinasi Penjaja MYMedic Wilayah
Para penjaja di Wilayah Persekutuan yang masih belum dapat temujanji untuk suntikan vaksin Covid-19 boleh dapatkan segera melalui Program Vaksinasi Penjaja MyMedic Wilayah. Permohonan kini dibuka untuk semua penjaja yang layak dan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan.
Program ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan pendaftaran penerimaan vaksin rakyat sekaligus mempercepatkan proses pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan suntikan vaksin penjaja di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan Program Vaksin Penjaja MYMedic@Wilayah ini terbuka kepada:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen penjaja yang sah dengan DBKL
- Berumur 18 tahun ke atas
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
Pemohon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
- Bukan warganegara Malaysia
- Ibu yang menyusukan anak
- Individu yang dikuarantin/ gelang merah jambu
- Status risiko dalam MySejahtera yang berwarna jingga dan merah
- Telah mendapat temujanji di dalam MySejahtera
CARA DAFTAR PROGRAM VAKSIN PENJAJA
Berikut adalah panduan membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksin melalui Program Vaksin Penjaja MYMedic Wilayah:
- Pergi ke pautan https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/
- Klik Pendaftaran
- Isi maklumat di ruangan yang disediakan
- Dapatkan ID MySejahtera anda di aplikasi MySejahtera
- Lengkapkan maklumat diminta dan klik Simpan
SEMAKAN KELAYAKAN
Semakan kelayakan penerimaan vaksin penjaja boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/vaksinasi_penjaja
- Klik Semakan
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Cari
Pemohon-pemohon yang BERJAYA untuk mendapat vaksinasi akan diaklumkan dalam temujanji MySejahtera pemohon. Bagi pemohon yang mendapat temujanji di dalam MySejahtera di PPV lain disaat akhir sebelum atau pada hari program juga akan ditolak dari menyertai program ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Vaksinasi Penjaja MyMedic Wilayah, anda boleh terus ke laman https://elesen.dbkl.gov.my/.