Program Usahawan Mahasiswa (PUM) PKNS 2021 Percuma. Daftar Sekarang
PKNS, melalui Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ingin mempelawa mahasiswa tahun akhir Institusi Pengajian Awam & Swasta di negeri Selangor yang berminat menjadi seorang USAHAWAN untuk menyertai Program Usahawan Mahasiswa (PUM) secara PERCUMA.
Jangan lepaskan peluang ini, mahasiswa akan didedahkan dengan pelbagai modul usahawan yang sangat berguna dan bakal memanfaatkan mahasiswa ketika belajar dan setelah tamat pengajian nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MODUL PROGRAM
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ingin mempelawa mahasiswa tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang berminat menyertai Program Usahawan Mahasiswa secara blended-learing (Webinar & e-Learning) seperti di bawah:
- Modul 1: Asas Keusahawanan
- Modul 2: Business Model Canvas
- Modul 3: Pengurusan Jualan dan Pemasaran
- Modul 4: Pengurusan Operasi & Digitalisasi Perniagaan
- Modul 5: Pengurusan Kewangan
- Modul 6: Rancangan Perniagaan
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat yang diterima sepanjang program ini adalah:
- Program ditanggung sepenuhnya oleh PKNS
- Teknikal dan Tool Bisnes yang terkini
- Dibimbing Bisnes Coach berpengalaman
- Sistem sokongan perniagaan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Program Usahawan Mahasiswa PKNS
- Durasi program: 6 bulan
- Masa kelas: Sabtu/ Ahad sahaja
- Kaedah kelas: Melalui microsoft Teams
- Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2021
- Saringan & Temuduga: 19 & 20 Jun 2021
- Kelas bermula: 3 Julai 2021
SYARAT PENYERTAAN
Berikut adalah syarat penyertaan yang perlu dipenuhi:
- Anak/ ibu bapa Negeri Selangor
- Mahasiswa IPTA/S dalam pengajian Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
- Mampu memberi komitmen sepanjang program berlangsung
- Menjalankan perniagaan yang sah (sama ada yang telah berdaftar dengan SSM atau belum)
CARA MOHON
Mahasiswa yang berminat boleh buat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Penyertaan Program Usahawan Mahasiswa PKNS tahun 2021. Sila lampirkan bersama:
- Surat tawaran pengajian
- Surat pendaftaran semesta terkini
- Transkrip terkini
Sila berhubung dengan pusat pengajian/ fakulti di IPTA/S masing-masing yang menguruskan pendaftaran program ini dengan menggunakan Borang Penyertaan berikut: