Peluang Bekerja Sambil Belajar Di Samsung SDIEM Untuk Lepasan SPM, Elaun Bulanan RM1,200

TVET adalah program pembelajaran sambil bekerja di dalam Kilang SDIEM. Terbuka hanya untuk lepasan SPM sahaja. Ianya adalah platform bagi memulakan kerjaya sebagai perantis untuk tempoh 8 bulan, di samping itu akan bekerja ke arah mendapatkan kelayakan akademik.

Program ini direka bentuk untuk melatih lepasan SPM belajar mengikut acuan pembelajaran di Kilang SDIEM. Setelah tamat dan lulus peperiksaan, perantis tersebut layak untuk mendapat pensijilan SKM Tahap 2. Di mana perantis akan mendapat peluang kerjaya yang tetap di samping kenaikan Pangkat.

Pendaftaran untuk kemasukan segera Disember 2020 kini dibuka. Daftar sekarang sekiranya berminat.

KURSUS DITAWARKAN

SKM Level 2 MC-091:2:2016: Industrial Automation Engineering Services

Competency Units:

  1. Industrial Automation Engineering Drawing
  2. Industrial Automation Fundamental Control Programming
  3. Industrial Automation Fabrication
  4. Industrial Automation Sub-Assembling
  5. Industrial Automation System Services

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan program buat perantis yang sertai adalah:

  • Laluan kerjaya di Samsung SDI Energy Malaysia
  • Program tajaan penuh untuk SKM Tahap 2
  • Elaun bulanan RM1,200 beserta EPF dan Socso
  • Kenaikan Pangkat setelah tamat pengajian
  • Elaun lain-lain: Overtime+Shif+Subsidi Makan
  • Manfaat Perubatan
  • Penginapan 4 bintang (wifi, Tv lounge, mesin basuh, pengangkutan ke tempat kerja & lain-lain)

TEMPOH PROGRAM

Tempoh pelaksanaan program adalah seperti berikut:

  • 2 Minggu Orientasi > 2 Bulan latihan teori > 6 Bulan Latihan Industri

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat kemasukan ke program yang ditawarkan:

  • Lulus SPM (lulus subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah)
  • Berumur 18 tahun ke atas

PENDAFTARAN PROGRAM

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk menyertai program yang ditawarkan, anda boleh buat pendaftaran sekarang di pautan berikut:

Lengkapkan maklumat yang diminta dan akhir sekali klik SUBMIT untuk hantar penyertaan. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan program anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • Ms. Vani: 06 670 1762
  • Ms. Biha: 06 670 1770
  • Ms. Juma: 06 670 1512

Peluang Bekerja Sambil Belajar Di Samsung SDIEM Untuk Lepasan SPM, Elaun Bulanan RM1,200

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma