Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2022 Buat Pelajar SPM & Pelajar Tahun 6

Seperti sebelumnya, tahun ini juga Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengutamakan agenda pendidikan anak-anak Selangor menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Dianggarkan 60,000 pelajar akan menerima manfaat ini merangkumi pelajar SPM dan juga tahun 6.

Kerajaan Negeri akan terus mengutamakan pendidikan demi masa depan anak-anak Selangor yang lebih baik. Program tuisyen yang ditawarkan ini merupakan program pecutan akhir yang disediakan oleh guru-guru pakar dan berpengalaman bagi setiap subjek dengan perkongsian tips menjawab peperiksaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Tuisyen Rakyat Selangor 2022 dan cara mendapatkan manfaat ini.

SASARAN PESERTA

Kerajaan negeri mensasarkan peserta program ini yang terdiri daripada:

  • 50,000 pelajar SPM
  • 10,000 pelajar Tahun 6

PENAMBAHBAIKAN PTRS 2022

Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dan portal ini telah ditambah baik dengan video:

  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Pendidikan Islam
  • Moral

Sebelum ini, 81 video pembelajaran telah termuat meliputi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Kaedah pembelajaran melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor adalah:

  • Kelas Tuisyen Bersemuka
  • Kelas Tuisyen Secara Maya
  • Modul Pembelajaran Percuma
  • Video Pembelajaran (Portal EPTRS)
  • Buku Modul Pembelajaran (Portal EPTRS)

CARA AKSES KE PORTAL EPTRS

Calon SPM dan pelajar Tahun 6 yang ingin dapatkan nota-nota, latihan serta tips menjawab peperiksaan boleh terus akses ke Portal EPTRS yang khas disediakan untuk rakyat Selangor dapat manfaat pembelajaran secara percuma.

Portal EPTRS boleh diakses melalui laman web berikut: 

Semoga manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dapat membantu calon-calon peperiksaan membuat pembelajaran kendiri di rumah dengan mudah dan membolehkan pelajar mengawal persekitaran pembelajaran mereka.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma