Permohonan Program Tajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA Kini Dibuka
Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan Julai 2020.
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, bidang yang layak dan cara memohon ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum dan syarat akademik yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibu bapa adalah tidak melebihi RM180,000 setahun.
- Bagi yang berkhidmat di Luar Negara atau bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM15,000 dan ke bawah.
- Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat
Syarat Akademik
- Pelajar Baharu
– Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
– Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Julai 2020. - Pelajar Sedia Ada
– Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
– Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun - Lain-lain Syarat
– Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
– Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan profesional.
BIDANG DAN SUB BIDANG YANG LAYAK
Semak senarai bidang dan sub bidang yang terpilih untuk memohon tajaan MARA ini.
CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian bermula 6 Julai 2020 sehingga 10 Julai 2020 jam 4 petang. Calon boleh buat permohonan di pautan berikut:
Calon tidak perlu mencetak dan menghantar apa-apa dokumen kepada MARA sehinggalah dimaklumkan kelak. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2613 2518 / 2051 / 2059 / 2100 mulai 6 Julai 2020 hingga 10 Julai 2020 (hari bekerja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke alamat tesp@mara.gov.my.
SENARAI IPT TERPILIH
Berikut adalah senarai IPT terpilih yang boleh membuat permohonan: