Daftar Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) & Terima Dana Perniagaan RM5,000
Kerajaan Sabah mempertimbangkan untuk menambah Dana Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) sekiranya bantuan perniagaan tersebut mendapat sambutan dalam kalangan pada usahawan belia di negeri itu. Program ini bertujuan bagi melonjakkan semula aktiviti keusahawan akar umbi di Sabah selain pelaksanaan inisiatif tertentu daripada kerajaan bagi membantu golongan muda.
Kerajaan Sabah sebelum ini telah memperuntukkan RM10 juta bagi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas) yang telah dibuka permohonan beberapa hari yang lalu bagi merancakkan semula aktiviti keusahawanan di negeri itu yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.
Isi Kandungan
PROGRAM SKIM JAYA USAHAWAN BELIA (SYABAS)
Program Skim Jaya Usahawan Belia atau SYABAS merupakan sebuah program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan KEMENTERIAN BELIA & SUKAN SABAH bagi memacu gerakkan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah. Program ini menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan pintar perniagaan kepada para usahawan belia negeri Sabah.
Atas inisiatif Ketua Menteri Sabah Program SYABAS di bentuk bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan perniagaan baharu. Sasaran program ini adalah belia bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun, dengan menyediakan mereka dengan bantuan kewangan. Malahan pendedahan kepada pelbagai program keusahawanan turut disediakan bagi mengasah kemahiran-kemahiran belia dalam menjadi usahawan yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya saing dan mandiri.
OBJEKTIF PROGRAM
Tawaran program ini adalah dengan matlamat untuk:
- Membantu para belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.
- Membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan operasi perniagaan.
- Membantu membina para usahawan belia membina rangkaian antarabangsa melalui aktiviti perniagaan eksport/import bagi memampankan perniagaan para belia.
KATEGORI PERMOHONAN
Tawaran dana melalui program ini adalah mengikut kategori seperti berikut:
Start-up Fund (Dana RM2,000 Untuk Mula Perniagaan)
Dana RM2,000 bagi belia yang ingin memulakan perniagaan. Anda dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Lesen perniagaan
- Penyata akaun bank
- Salinan IC
- Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
Young Developing Creative Business Fund (Dana RM5,000 Untuk Kembangkan Perniagaan)
Dana RM5,000 bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada. Antara dokumen diperlukan untuk buat permohonan adalah:
- 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
- Lesen perniagaan
- Penyata akaun bank
- Salinan IC
- Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
SYARAT PERMOHONAN
Usahawan belia yang berminat mendapatkan manfaat dan inisiatif melalui program ini mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
- Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan usahawan belia yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan serta memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh mohon inisiatif yang ditawarkan melalui program ini. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarnag pertanyaan berkenaan Program Skim Jaya Usahawan Belia, anda boleh terus ke alamat dan hubungi talian berikut:
- Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Tingkat 10, Blok B Wisma Muis Karung Berkunci No. 2007, 88999, Kota Kinabalu
- Tel: 08 8287 556