Tawaran Mengikuti Program Sijil Pertanian Di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Sesi 2022/2024

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara.

Insentif program ini dilaksanakan adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Sijil Pertanian (IPSM) serta cara untuk membuat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Tawaran Program Sijil Pertanian di Institut Semenanjung Malaysia sesi 2022/2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Jun – 30 Jun 2022

PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)

Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di :-

  • Institut Pertanian Serdang, Selangor
  • Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
  • Institut Pertanian Sarawak, Semongok
  • Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM

Berikut merupakan objektif pendidikan program terhadap peserta:

  • Berpengetahuan saintifik serta berkemahiran pertanian dan keusahawanan.
  • Berkebolehan untuk mengenalpasti idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian.
  • Berkemahiran interpersonal dan komunikasi dengan berkesan.
  • Mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap masyarakat, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Selepas tamat pembelajaran, peserta akan memperoleh pengetahuan mengenai:

  • Menggunakan pengetahuan serta maklumat secara pintar dalam pengurusan pertanian.
  • Mengadaptasi idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian dan industri asas tani.
  • Mengorganisasi semula teknologi dalam pengeluaran pertanian dan industri asas tani.
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan boleh bekerja secara berpasukan.
  • Menggunakan data untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  • Mempamerkan kualiti kepimpinan yang dinamik dan bertanggungjawab.
  • Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Mengamalkan etika dan profesionalisme sepanjang masa.

KATEGORI KURSUS

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pengurusan pengeluaran pertanian, industri asas tani serta pemasaran. Kategori kursus yang ditawarkan ialah Kursus Umum, Kursus Teras, Kursus Pengkhususan dan Latihan Industri.

Tawaran Program Sijil Pertanian Di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Ambilan Jun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 25 tahun
  • Berkelulusan SPM atau SPMV/setaraf
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan)
  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  • Kepujian dalam salah satu matapelajaran yang ditetapkan.
    (rujuk portal rasmi Jabatan Pertanian untuk senarai lengkap)

PERMOHONAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN

Pengambilan pelajar baru akan dibuka pada bulan Februari/Mac setiap tahun. Namun pada tahun ini, permohonan telah dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.

Pemohon lepasan sijil SPM yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Jabatan Pertanian. Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan dengan menggunakan Internet Explorer Version 9 ke atas sahaja

Manakala bagi kakitangan kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :

  • Pengarah
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Jabatan Pertanian,
    Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
    Presint 4, 62624 Putrajaya.
    (u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

Program Sijil Pertanian ini adalah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi setara dengan Sijil Politeknik dari Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang lain dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Jika anda berminat untuk menyertai program yang penuh manfaat ini, buat permohonan sekarang dengan cara yang dikongsikan di atas. Program ini pastinya banyak manfaat untuk jangka masa yang panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program, layari pautan Program Sijil Pertanian (IPSM)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma