Akademi Perikanan Malaysia adalah satu bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, bertempat di Chendering, Kuala Terengganu menawarkan pengajian peringkat sijil iaitu Program Sijil Perikanan yang bertempoh 2 tahun. Peluang kemasukan ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat
Selepas tamat pengajian, anda akan dianugerahkan SIJIL PERIKANAN (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau sambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian ditawarkan dan panduan buat permohonan.
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Program Sijil Perikanan Akademik Perikanan Malaysia
- Anjuran: Jabatan Perikanan Malaysia
- Pengambilan: Sesi 2023/2024
- Tempat pengajian: Chendering, Kuala Terengganu
- Tempoh pengajian: 2 tahun
- Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2022
PROGRAM SIJIL PERIKANAN
- Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
- Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
- Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
- Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini ditawarkan adalah untuk:
- Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta.
- Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
- Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.
PELUANG PEKERJAAN
Selepas tamat pengajian, anda akan dianugerahkan SIJIL PERIKANAN (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau sambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.
- Usahawan Produk Perikanan
- Pengurus Akuakultur
- Penyelia Dalam Industri Perikanan
- Usahawan Perikanan Laut Dalam
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Antara kemudahan disediakan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian adalah:
- Yuran Percuma
- Penginapan Disediakan
- Makan Minum Disediakan
- Elaun Sara Diri RM200 sebulan
- Fasiliti Sukan
- Bilik Kuliah Yang Selesa
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada pelajar yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau hingga 45 tahun (bagi pegawai kerajaan).
- Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
– Lulus dalam Bahasa Melayu
– Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains - Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
- Sihat tubuh badan.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Program Sijil Perikanan seperti ditawarkan dan berkelayakan seperti di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 31 Oktober 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman permohonan di pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- En. Mohd Akmal: 096172361 APM
- Laman web: https://www.dof.gov.my/
