Program Rumah Perakku: Tawaran Rumah Serendah RM70,000. Ini Cara Mohon
Dalam membantu rakyat golongan berpendapatan rendah yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan satu inisiatif Program Rumah Perakku. Inisiatif ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan dan membantu Rakyat Perak memiliki rumah kediaman sendiri.
Golongan berpendapatan rendah berpeluang memiliki rumah sendiri yang selesa dengan tawaran harga rumah yang rendah melalui Program Rumah Perakku di bawah Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP).
Kerajaan Negeri mempelawa warga Perak yang berkelayakan untuk mohon tawaran rumah seperti yang ditawarkan.
Isi Kandungan
KADAR HARGA RUMAH PERAKKU
Di bawah Program Rumah Perakku, LPHP menawarkan harga rumah serendah berikut:
- Rumah Kos Rendah: RM70,000 ~ RM90,000
- Rumah Kos Sederhana: RM70,001 ~ RM180,000
- Rumah Perakku Mesra Milik: RM140,001 ~ RM250,000
SYARAT KELAYAKAN RUMAH PERAKKU
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan Rumah Perakku:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
- Pendapatan terbuka: (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)
DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan Rumah Perakku mestilah disertakan bersama semua dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan pasangan
- Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan
- Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan (MyKid) anak-anak dan lain-lain tanggungan
- Salinan Surat CCRIS dan CTOS (jika ada)
- Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan pasangan
- Surat pengesahan dan perakuan pendapatan bulanan pemohon dan pasangan dari Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) / Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah (untuk yang bekerja sendiri)
- Sekeping gambar warna terbaru ukuran pasport
CARA MOHON RUMAH PERAKKU
Berikut adalah panduan membuat permohonan Rumah Perakku:
- Pergi ke laman http://lphp.perak.gov.my/projek_perakku.php
- Klik PENDAFTARAN BARU
- Isi borang permohonan Program Rumah Perakku dengan lengkap dan betul dan klik PERAKUAN PEMOHON.
- Klik HANTAR untuk hantar permohonan anda
– Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/ tidak dipanggil temuduga jika terpilih
– Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti
– Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai menggunakan komputer, bukan telefon pintar.
CONTOH RUMAH PERAKKU
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tawaran Rumah Perakku, anda boleh rujuk di laman http://lphp.perak.gov.my/ atau hubungi Lembaga Perumahan & Hartanah Perak di talian berikut:
- Tel: 05 209 5000
- Email: lphp@perak.gov.my