Program PRIHATIN Kasih: Semakan Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan Buat Isi Rumah
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀
Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.
Isi Kandungan
BANTUAN PRIHATIN KASIH
Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak:
- RM100 selama 3 bulan
Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
BARANGAN ASAS DI 300 RANTAIAN PASAR RAYA
Antara barangan asas yang boleh dibeli termasuklah:
- Makanan dalam tin
- Susu bayi
- Beras
- Minyak masak
- Telur
- dan sebagainya
Barangan asas ini boleh dibeli menggunakan baki PRIHATIN Kasih di dalam MyKad masing-masing di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- serta kedai-kedai runcit
TARIKH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah mengikut negeri seperti berikut:
KELEBIHAN SISTEM TANPA TUNAI MYKASIH
Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih adalah:
- Membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.
- Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.
- Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.
- Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.
CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN KASIH
Untuk semak kelayakan penerimaan bantuan PRIHATIN Kasih, anda boleh semak nombor kad pengenalan anda dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://apps.epetrol.com.my/mkmember/
- Masukkan Nombor MyKad anda dan Captcha berdasarkan imej
- Klik Semak Status
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman web http://www.mykasih.com.my/