Tawaran Program Kemahiran PIPS Bridging Gaps 2020 Buat Graduan

Perkembangan pesat industri minyak dan gas memerlukan tenaga kerja teknikal mahir, mampu mengendalikan penyelenggaraan operasi dengan cekap dan sistematik.

Oleh itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) menawarkan program PIPS Bridging Gaps buat graduan yang berminat untuk menceburi bidang minyak dan gas.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kebolehpasaran graduan
  • Memperkasa pengetahuan & kemahiran selaras dengan keperluan industri masa kini
  • Pelatih berkelayakan dan berjaya melepasi kriteria yang ditetapkan, berpeluang ditawarkan kerjaya dalam industri ini

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan program ini buat peserta adalah:

  • Pendedahan kemahiran industri hiliran minyak & gas:
    a) Kerja-kerja teknikal
    b) Kejuruteraan
    c) Operasi penyelenggaraan
    d) Pengendalian loji penapisan minyak & gas
  • 90% latihan amali ‘hands-on training’
  • Penglibatan tenaga pakar berpengalaman dalam industri minyak & gas
  • Makan minum dan penginapan disediakan
  • Berpeluang untuk menceburi kerjaya dalam bidang minyak & gas

SYARAT KEMASUKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada graduan lepasan ijazah / pelajar semester akhir Universiti Malaysia khususnya pengajian dalam bidang berikut:
    a) Kejuruteraan Mekanikal
    b) Kejuruteraan Elektrikal & Instrumentasi
    c) Operasi Loji Proses
  • Mempunyai minat yang mendalam serta komited
  • Hanya calon terpilih dan layak akan dihubungi
  • Keputusan adalah muktamad tertakluk terma dan syarat.

SESI PENGAJIAN

Hanya 50 orang sahaja peserta bagi setiap sesi berikut:

  • Sesi 1: 16 ~ 35 Nov 2020
  • Sesi 2: 7 ~ 16 Dis 2020
  • Sesi 3: 21 ~ 30 Dis 2020
  • Sesi 4: 11 ~ 20 Jan 2021

Lokasi: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh terus hubungi salah satu talian berikut atau email ke alamat yang disertakan:

  • Pn Wani: 011 231 36571
  • Pn Sarah: 012 256 6405 / 019 759 5993
  • Email: training@uthmholdings.com

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma