Tawaran Program Persediaan Alam Pekerjaan Buat Belia OKU (Masalah Pembelajaran) 

Berita baik buat belia OKU (Masalah Pembelajaran) yang ingin menyambung pelajaran atau bekerja! Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) akan mengadakan Program Persediaan Alam Pekerjaan dengan kerjasama Universiti SEGi.

Pendaftaran program ini telah dibuka, mereka yang ingin mendaftar mestilah menepati syarat-syarat kelayakan seperti dinyatakan dan buat permohonan secara atas talian di laman web yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM PERSEDIAAN ALAM PEKERJAAN ANIS

ANIS adalah program yang diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud dengan tujuan memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Program Persediaan Alam Pekerjaan merupakan program bimbingan yang ditawarkan kepada belia OKU yang ingin menyambung pelajaran atau bekerja.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran kursus persediaan pekerjaan adalah terbuka kepada belia berkelayakan seperti berikut:

  • Umur 17 – 22 tahun
  • Belia yang mempunyai masalah pembelajaran
  • Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang boleh menguruskan diri
  • MBPK yang boleh menguasai 3 M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
  • Ibu/ bapa/ penjaga pemohon salah seorang pengundi Selangor

CARA MOHON

Ibu bapa yang berminat nak daftarkan anak yang mempunyai masalah pembelajaran dan berkelayakan seperti di atas boleh buat pendaftaran segera. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program persediaan yang ditawarkan, anda boleh hubungi talian 03 5545 3170.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma