Manfaat Kerjaya Buat Graduan Dalam Program Perantisan Belia. Insentif RM1000 Buat Majikan

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas, graduan juga tidak terkecuali daripada menerima manfaat-manfaat yang disediakan oleh kerajaan. Antara insentif yang disediakan adalah manfaat kepada graduan yang menyertai program perantisan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia bertujuan menyediakan pendedahan alam pekerjaan kepada belia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program perantisan buat belia di Malaysia.

Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuka & Kaedah Permohonan

PROGRAM KHAS BUAT BELIA DALAM BELANJAWAN 2021

Terdapat beberapa program khas disediakan buat belia dalam Belanjawan 2021 seperti:

  • Program Perantisan Belia
  • Program e-Belia

Insentif Bulanan Kepada Majikan Bagi Setiap Graduan

Kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan hingga tiga bulan, untuk setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran hingga RM4000 untuk program perantis tersebut. Program ini dijangka memanfaatkan hingga 50,000 graduan baharu membabitkan peruntukan RM250 juta.

Program eBelia

Ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai, kerajaan menerusi Program eBelia akan mengkreditkan RM50 ringgit secara one off ke dalam akaun e-wallet setiap belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Dengan peruntukan RM75 juta, inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 1.5 juta belia. Untuk info lanjut Program eBelia, anda boleh baca DI SINI.

Walaubagaimanapun, kaedah penyertaan program-program yang ditawarkan akan dimaklumkan kemudian apabila ada pemakluman baharu.

Baca juga: 50,000 Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam & GLC Ditawarkan Melalui MySTEP

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma