Mohon Bantuan Peralatan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA)

Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) merupakan program usaha sama di antara Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak. Program ini diwujudkan khas untuk membantu dan meningkatkan taraf peniaga kecil Bumiputera yang berpotensi dan berdaya maju dalam keusahawanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pemberian bantuan serta syarat kelayakan dan cara memohon.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif PUTERA adalah untuk:

  • Memberi bantuan peralatan dan kelengkapan kepada peniaga kecil@micro / kontraktor / pembekal Bumiputera.
  • Meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan usahawan / pembekal Bumiputera.
  • Meningkatkan keupayaan usahawan / kontraktor pembekal Bumiputera untuk memajukan perniagaan sedia ada.

BENTUK KEMUDAHAN

Bentuk kemudahan yang akan diberikan melalui program ini adalah:

  • Pemberian bantuan dalam bentuk peralatan, mesin, alat kelengkapan perniagaan dan sebagainya dalam bentuk geran.
  • Permohonan kereta sorong hendaklah mendapat kelulusan serta melalui Pihak Berkuasa Tempatan.

Mohon Bantuan Peralatan Program Peningkatan Usahwan Bumiputera (PUTERA) Mohon Bantuan Peralatan Program Peningkatan Usahwan Bumiputera (PUTERA)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:

  • Bumiputera Sarawak
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai lesen / permit perniagaan yang sah dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Mengendalikan perniagaan sepenuh masa.
  • Berpendapatan tidak melebihi RM3,860.00 (B40).
  • PUTERA Advance merupakan kesinambungan bagi peserta PUTERA yang telah menerima peralatan selepas 3 tahun di mana peserta direkomen oleh pegawai penilai.

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK

Jenis perniagaan yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Kontraktor UPKJ (Kelas F)
  • Bengkel
  • Gerai tetap
  • Peruncitan
  • Dandanan dan Kecantikan
  • Jahitan
  • Makanan dan Minuman
  • Pembuatan dan Pemprosesan
  • Perniagaan Secara Talian
  • Pelbagai

HAD BANTUAN

Had bantuan yang diterima adalah:

  • Nilai bantuan tidak melebihi RM5,000.00 termasuk kos penghantaran.
  • Nilai bantuan tidak melebihi RM10,000.00 termasuk kos penghantaran. (Bagi Kategori Kontraktor UPKJ Kelas F & PUTERA Advance)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk melengkapkan permohonan, pemohon mestilah sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan &  Lesen Perniagaan / Surat Kebenaran Berniaga / Permit Terkini
  • Salinan Penyata Kira-Kira:
    i. Penyata Untung Rugi (3 Bulan)
  • Salinan Surat Perjanjian Menyewa Kedai/ Ruangniaga (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
  • Spesifikasi Borang Yang Dipohon
  • Gambar Projek/ Kedai
  • Salinan Sijil Penyertaan Kursus (jika ada)
  • Salinan Surat Lantikan dan Dokumen Sokongan (Kategori Kontraktor sahaja)

CARA MEMOHON

Pemohon mestilah melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di bawah dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang yang lengkap diisi beserta dokumen mestilah dihantar ke alamat berikut:

  • Pengurus Besar
    Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
    Menara SEDC, P.O. Box 400
    Lot 2878, Tingkat 6, The Isthmus, Off Jalan Bako
    93050 Kuching, Sarawak
    (u.p.: Bahagian Pembangunan Usahawan Dan Komuniti)

Ataupun email ke alamat berikut:

  • Email : putera@sedc.my

Download borang permohonan PUTERA di bawah:

BORANG PERMOHONAN PUTERA

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 082 551555 atau emel ke alamat email putera@sedc.my.

Baca juga: Permohonan Insentif Endownment Fund Sarawak (EFS) RM1,000 Untuk Bayi Baru Lahir

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma